Meatball with brown sauce..masakan istimewa Norway yang disediakan khusus buat santapan kami berdua tengahari ni oleh Camilla Penelope Martinsen. Bersungguh benar dia nak masakkan Abin kali ni. Siap gi beli daging halal semalam, dan hari ni pagi2 lagi die dah kene gi pejabat sebab dia tertinggal daging tu dalam fridge kat sana. Sian lak.
Pastu bile balik, terus mulakan kelas Norwegian Language untuk Abin. This is my second class. The first was on last 22/6. Seronok sangat belajar ngan die ni. Siap belikan Abin sebuah buku lagi untuk tulis seme yang Abin belajar. Baik sangat.
Kelas kami hari ni tak lama sangat sebab Camilla nak mula memasak to ensure that kami sempat makan sebelum die gi keje petang ni. Mudah je masak ala Norway ni rupanya. Mula2 die kupas kulit kentang dan lobak merah sebelam dipotong dua untuk kentang dan kepada beberapa bahagian untuk lobak. Bunga kubis pula ditanggalkan daripada .. (ape ek penjodoh bilangannya?) mengikut tangkainya, maksudnya besar2 jugaklah kan. Bunga kubis ni digunakan bagi menggantikan broccoli bagi menjimatkan kos. Ketiga2nya direbus dengan air dan garam hingga empuk dalam satu periuk je. Keluarkan bunga kubis awal sikit sebab ia cepat empuk.
Beralih kepada daging pulak. Daging hancur diperlukan untuk menu kali ni. Mula2 Camilla bentukkan daging2 tu kepada beberapa bebola daging. Lepas tu, penyekkan cam buat bergedil. Takuk2 sikit bahagian atas dan bawah kepingan2 bebola daging tu dengan pisau. Kemudian, taburkan serbuk lada hitam dan garam. Goreng dalam kuali dengan sedikit minyak, dengan bahagian yang telah ditabur garam dan lada di bahagian bawah. Tabur lak garam dan lada hitam di bahagian atas. Goreng ikut suka, kalau nak makan tak masak, bolehlah terus makan lepas buat ball tu..hahaha..tapi kami dua memang makan daging yang dah masak, so goreng lah sampai masak.
Goreng bawang besar yang dah dihiris2 sikit. Tak lah sampai jadi bawang goreng, cukuplah sekadar layu.
Dan akhir sekali, brown sos nya. Mudah sahaja, beli yang instant kat kedai, tambah air, didihkan dalam periuk. Kat Malaysia ade ke tak ntah. Kalau takde, carilah resepinya katne2 pon.
Letak bebola daging dalam pinggan bersama2 bawang goreng, bunga kubis, lobak merah dan kentang. Curah brown sos atas kentang. Meetball with brown sauce siap untuk dimakan.. Bismillahirrahmanirrahim.
p/s Mungkin boleh cube gune sos thousand island je untuk gantikan brown sauce kalau susah sangat nak wat. Abin nak modify resepi ni nanti, kasi jadi pedas, baru syok. Ok, selamat mencuba!! Opss..sebelum lupa, pastikan anda makan ngan fork and knife supaya lebih nikmat rasa ke'Norwegian'nya..haha..
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
3 comments:
:-D happy belated besday silah! insyaAllah nikah bln 8 ni. sorry 4 everything. hope things goes fine. best of luck 4 ur study. i'm going to visit this bolg regularly -who else?-
Lah: Kiut betul atau 'kiut', makan tetap makan. Amanah Tuhan tu. Menzalimi diri sendiri namanya kalau tak makan. Betul ke? hehe. Tapi kene berpada2lah kan. Ok, see you soon Lah, very soon I guess. Nampaknya sama2lah kite beraya di perantauan tahun ni.
Who else?: Not sure who you are, but thanks for the birthday wish. And tahniah also for the coming wedding. Send me the photo please.. for my personal collection.. (",)
macam aku kenal je si 'who else?' tu.. :D
-suhana-
Post a Comment