Thursday, August 24, 2006

1st Lecture

Hari ni ialah hari pertama aku menghadiri kuliah sepanjang berada di Norway.Bilik Kuliah B81 tak lah besar mana.Teman sekuliah pon adalah dalam 14 orang.Mungkin sebab kursus ni hanya untuk pelajar PhD dan Master sahaja.Yang aku kenal setakat ni hanyalah sesape yang memang aku dah sedia kenal.3orang je;Yeliz(Turki),Christina(Jerman),An Ta Thi Kiu(Vietnam).Semuanya buat PhD bidang Analisis Stokastik dan Matematik Kewangan.Opss..lupa lak..sorang lagi yang aku kenal,yang mengajar kursus ni,Profesor Bernt Øksendal.

First thing yang aku nak wat masa masuk kuliah ni,aku nak tengok cemana keadaan kelas dan cara pengajaran.Canggih sangat ke belajar kat Eropah ni?Hebat sangat ke?

Aku masuk kelas 15 minit awal daripada waktu kuliah bermula,bersekali dengan Bernt.Dia kata,dia cume nak check keadaan bilik kuliah tu,baik atau tak.Mungkin kalau ade apa2 yang tak kena,dia masih ada masa 15minit utk dapatkan bilik lain supaya masa kuliah tak terganggu.Andaian aku jelah.Takkan itu pon nak tanya (",).Lepas tu dia keluar semula untuk ambil segala bahan pengajaran dan masuk semula 15minit kemudian.

Kuliah dimulakan dengan pengenalan serba sedikit tentang kursus.Kemudian kertas senarai nama diedarkan untuk diisi beserta dengan alamat emel.Sebelum kuliah bermula,Bernt dah emel kepada semua pelajar Master dan PhD serta staf akademik Institut Matematik tentang kuliahnya semester ini (sebab dia tak tau siapa yang akan masuk kelas dia) dan diedarkan jugak 'Course Discription.So,lepas daripada kuliah hari ni,dia hanya akan emel kepada kami sahajalah sebarang maklumat.

Terdapat 2buah papan hijau yang besar dalam bilik kuliah ni,di depan dan di sebelah kanan kelas.Ada OHP dan juga skrin putih tergantung di depan kelas.Dengan berbekalkan beberapa helai kertas A4 bertulisan tangan,sebatang kapur,dan papan2 hijau,Bernt pon mula lah mengajar.Dia tulis sebiji2 ape yang dicakap.Teratur sangat nota kat papan tu.So,kalau kite tak dengar berapa jelas pon,ade je tertulis kat papan tu.Cume ade sikit2 explaination je yang aku miss sbb sibuk dok menyalin.

Banyak jugaklah yang kami belajar hari ni walaupun kelasnya 1jam 45min je (tolak intro dan break,tinggal 1 1/2 jam rasanya).Adelah nota aku dalam 8 muka surat kertas garis saiz A4.

Mm..macam itu aje lah kuliah aku hari ni.Takde ape2 pon yang menariknya belajar di luar negara banding di dalam negara.Lebih kurang je.Sama ada nak atau tak nak belajar je.Yang penting,lecturer tu kene pandailah.Kalau kaedah pengajaran kemain canggih,tapi tak berapa nak pandai mengajar dan tak berapa gak bab2 menjawab soklan student,tak jadi gak aaa..

No comments: