Bila cakap pasal matahari, terasa nak cerita tentang TRAN; jenama minyak ikan yang paling popular di Norway. Minyak ni mengandungi Omega-3 yang bagus untuk mengekalkan kecergasan badan, terutamanya pada musim salji yang sangat kurang cahaya matahari. Minyak ikan ni rasanya sangatlah tak sedap, kata orang. Aku tak pernah cuba lagi. Tapi dulu pernahlah tersentuh emaknya minyak ikan Shaklee yang terbocor daripada kapsulnya. Memang tak best! Rasa nak muntah. Puas cuci dengan segala macam sabun. Berapa hari baru hilang.
Hari tu, Frank suggest aku makan mende ni sebab die pon dah makan, atas nasihat Bernt. Dia dapat rasakan perbezaannya; cergas sentiasa. Dia admit yang rasa minyak ni memang teruk, tapi dia kata aku kene makan juga untuk kesihatan. Kami ke Bunnpris bersama sebab dia nak tunjuk minyak tu yang mana satu supaya aku boleh beli. Sekali takde pulak. So, dia kata nanti dia belikan.
Esoknya, gelak besar aku. Dia belikan yang dalam kapsul, untuk kanak2 dengan perasa buah2an. Taraf kanak2 je aku ni rupanya. haha. Katanya, sebab aku tak pernah makan, mungkin untuk permulaan, yang ni lebih praktikal. Dia tak nak aku bayar, katanya anggaplah mende tu hadiah kecil daripada dia. Comel kan supervisor aku?? Terima kasih Frank. You are the best!!
Balik rumah, aku belek2 kotak kapsul minyak ikan tu. Sekali baru terperasan..Allah! Kapsulnya dibuat daripada GELATIN. Tak mananya gelatin kat sini halal. Aku dok berkira2, nak makan ke tidak. Kalau korang, makan tak?? Setakat ni, aku rasa aku simpan jelah kot. Aduss.terpaksalah aku cari dan telan gak yang dalam bentuk cecair nanti..eiyarkhhh..
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
2 comments:
aku penah gak terbeli vitamin yg last2 aku xmakan..sbb kulit kapsulnya dibuat daripada gelatin gak.bila check source,gelatin tu gelatin lembu(bovine)..trus aku stop mkn.(memula xcek,trus mkn..huhu.nsb baik br 2-3 bijik)..dhle mahal..rugi duit aku je bli..klu ko rasa was2,baik jgn mkn..then bgtaule SV ko tu, ko xleh nk mkn.mesti dia paham,kan..(",)
Mm..aku tak bagitau kot kalau dia tak tanya. Baru ni dia ade tanya sama ada nak die belikan lagi ke kapsul tu? Pastu aku cakap, "No,it's ok.I'll buy on my own." (",) Mungkin dia assume aku dah makan. hehe
Post a Comment