Aidiladha kali ni aku sambut secara kecil2an sama seperti Aidilfitri yang lalu. Cuma bezanya kali ni jamuan diadakan di rumah Kak Rima. Aku dah siap masak ketupat plastik, kuah lodeh dan ayam sambal. Nant lepas solat raya terus gi rumah dia ngan Kak Normah sekeluarga. Masing2 bawak juadah seperti yang telah dibincangkan tempohari. Satu lagi yang berbeza: Aku akan pakai baju kurung baru Sutera Thai yang Lily beli dan Abang poskan bulan lepas..yeayyy..terima kasih Lily dan Abang!!

Bercakap tentang Aidiladha, kita takkan terlepas daripada berbicara tentang pengorbanan. Menurut Ustaz Roslan Mohamed, pensyarah di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Universiti Malaya,“BERKORBAN adalah satu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. kerana dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita harus melakukan pengorbanan. Hidup tanpa pengorbanan adalah kehidupan yang gagal. Dalam menjalani hidup yang baik, kita mesti berkorban masa dan tenaga misalnya berusaha mencari rezeki yang halal bagi mengelakkan kemiskinan. Ia merupakan tuntutan hidup.”
Pengorbanan apa ye yang aku buat kali ni?? Mak kata, belajar tu jihad. Dan jihad itu pula adalah suatu bentuk pengorbanan. Mmm..rasanya inilah pengorbanan aku untuk Aidiladha kali ini; berjauhan daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana menuntut ilmu di negara orang yang sejuk dan gelap ini demi keluarga, agama, bangsa dan negara! Salam Aidiladha buat semua.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillaahilhamdu.
(Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah)
****************************************************************
"Hubungkanlah terus segala yang dilakukan kepada Allah. Semoga setiap yang dilalui akan dibalas oleh-Nya dengan ganjaran yang amat besar."
-Dr Suzuri Hitam.KUSTEM.Oktober 2006.
3 comments:
sambutan ko lg meriah drpd aku ye silah. ramainyer org yg sambut raya skali dgn ko. sambutan aku dekat sini, menumpang org je. embassy pn x buat sambutan pape. menghampakan betul
selamat hari raya aidil adha silah!
salam..heheheh...happy new year 2007
Post a Comment