Sunday, February 11, 2007

Bihun Goreng

Selain daripada mi goreng, aku suka juga makan bihun goreng. Kerap juga lah aku masak bihun goreng dan bawa ke pejabat untuk makan tengahari. Sangat mudah, terutamanya kalau aku dah buat sambal tumis (versi bawang, cili, garam dan gula sahaja tanpa ikan bilis) siap2, simpan dalam fridge.

Panaskan minyak, tumis bawang sikit kalau nak lagi sedap, masukkan sambal dan seterusnya sayur campur (sawi takleh simpan lama, so kalau takde sawi, masih boleh makan bihun dengan mix vegi). Lepas tu, masukkan bihun yang dah lembut dek rendaman air panas. Gaul (betul ke istilah ni??) hingga sebati dan hingga bihun ala2 kering gitu. Masukkan bihun goreng dalam tupperware. Buat scramble egg, tabur kat atas bihun. Taraa.. sedia untuk dihidangkan atau dibawa ke pajabat.

Ini versi paling simple. Tapi versi ni lah yang wat An (Vietnamesse girl) jadi gila makan bihun goreng. Kebetulan hari tu die datang bilik aku, so aku kasi dia cuba dan die macam tak boleh nak berhenti menyuap. haha. The next day, aku buat lagi dan spare sebekas untuk dia. Begitu juga masa aku beli segala bahan untuk mi goreng. Aku buat sebekas besar untuk dia dan suami versi bihun goreng yang lengkap dengan tauge, tauhu, sawi dan ayam. Tak sempat sampai rumah, habis dimakannya sorang kat opis. haha.. hampeh sungguh bini Thong.

Hujung minggu lepas, dia beli ayam, sawi dan bihun sebab nak cuba buat sendiri. Tapi end up hari Rabu dia kasitau yang bihun goreng tu tak menjadi macam yang aku buat. So, aku offer diri untuk ajar dia masak Jumaat malam. Ya Allah, banyak betul dia makan. Kelako lak rasa. Malam semalam die wat lagi. It's a great success..

6 comments:

Anonymous said...

tu dia..pkr bihun ngan mi grg...time dok kat kustem dulu..prnh x dia msk bihun ngan mi ni eh?tp..selalunya dpt yg psl mlm je la...hikhik..jgn mrh cik silah..

Hassilah Salleh said...

Pernah wat sekali je rasanya. Kite kan tak suke masak. Sampai sini je terpaksa masak sebab tak masak kalu, tak makan. Mahaidi gelakkan je kite kalau citer pasal ni sebab kite pernah masakkan untuk die sekali (kali pertama goreng bihun all by myself), tapi jadi mimpi ngeri sebab bihunnya keras..haha.

Anonymous said...

eleh..ann nk amik hati je tu,abg tau la cmn rasa bihun abin.

Hassilah Salleh said...

Mahaidi:
Dulu lain, sekarang lain.. (",)

Anonymous said...

mahaidi..practice makes perfect..silah tu dah asyik msk je bihun ngan mi grg..dh jd specialist pun...hehehe..
kite pun kat sini kdg2 mls msk..tp..kena msk..kalau x..lapo..nak mkn kat luar..x best..x pds..mhl lak tu.tp..kdg2 mkn gak kalau tingin..
tp..org slalu ckp kita msk sdp..hehehe...tp..kite rasa biasa je..

Anonymous said...

adus,dah jadi cikgu masak memasak ke,makcik??hehe