Thursday, March 15, 2007

TMM 2007

Lunch hour, aku bawa segala booklet yang ada tentang Malaysia ke meja makan tingkat 10. Wah, teruja semua menengok keindahan pantai, hidupan laut dan taman negara kita. Pakat2 soh aku atur perjalanan mereka semua ke sana. Depa tak sabar nak gi scuba diving especially.

Memang menarik sangat lah. Even aku pon rasa teruja nak melawat Malaysia bila tengok gambar2 dalam tu. Bukan tak tau pon sebelum ni yang kite ada khazanah yang berharga camtu, cumanya tak berkemampuan nak melawat negara sendiri. Apatah lagi negara orang. Ni yang ke negara orang ni pon sebab ditaja. Kot tak, tak merasa lagi lah.

Semacam rasa bangga dapat mempromosi negara sendiri. Walaupun bukan secara langsung, tapi sekurang2nya mereka dapat tau keindahan tersembunyi yang terdapat di negara antara Singapura dan Thailand yang cukup terkenal di kalangan pelancong tu.

Nota:
Segala booklet aku perolehi daripada delegasi Kementerian Pelancongan yang diketuai oleh timbalan menteri, Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai yang datang ke Oslo dalam program mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 ke negara2 Eropah Selasa lalu (13 Mac 2007).

Sasaran program ini hanya tertumpu kepada wakil2 daripada agensi2 pelancongan memandangkan masa yang terhad. Kami dapat tau tentang program ni daripada AJKT NMA (Norway-Malaysia Association, iaitu persatuan rakyat Malaysia di Norway) yang minta kami mewakili mereka tempohari. Dah tolak sebab kami ada kelas, tapi tiba2 pada saat akhir terasa nak pergi pula memandangkan rasa bertanggungjawab meraikan rakyat Malaysia yang datang ke sini.

Sempatlah aku dan kak Rima berbual2 sambil makan tengahari dengan beberapa Dato' dan Datin yang turut serta sebelum mereka berangkat ke negara lain pula petang itu juga. Sayangnya tak sempat nak ambil gambar walaupun kamera dah sedia dalam beg galas :(

2 comments:

Anonymous said...

Balik membawa kengkawan oslo mungkin?!heheh..tapi nanti camane ko nak cat umah le, nak gi melawat adik beradik le..tak telayan gamaknye..heheh..kasi announce aa tarikh balik m'sia dgn balik oslo balik.

Hassilah Salleh said...

kalau bawak balik kengkawan, tak bercuti kat kampung dah jadinya. Jadi Cuti2 Malaysia lah pulak..oleh orang Malaysia yang balik bercuti dan pi jalan2 di Malaysia :D