Sunday, May 20, 2007

Back to work

Salam,

Setelah 3 minggu 'berterbangan' ke sana sini, kini aku kembali ke meja belajarku. Banyak yang ketinggalan, terima kasih kepada Yeliz kerana sudi memberikan salinan nota2 kuliah sepanjang ketiadaanku.

Bercakap tentang Hanoi, Vietnam, terlalu banyak untuk diceritakan. Negara dengan agama dan budaya yang berbeza memberiku pengalaman yang sungguh bermakna. Teman2 yang ceria dari serata ceruk Asia, juga para tenaga pengajar yang diimport dari negara2 Eropah yang tidak letih memberi kefahaman kepada kami seakan memberiku nafas dan semangat baru untuk terus berusaha.

Malaysia? Sangat panas! hahaha. Mahaidi awal2 lagi dah ngata aku, "Baru gi obersea setahun dah tak tahan panas!". Tapi, aku rasa bukan aku sorang je yang rasa panas. In fact, memang Malaysia terlebih panas kebelakangan ni. Tak gitu? hehe. Apa pun, kepulangan ke kampung, walau hanya seminggu cukup memberi erti kerana Mak dan Abah, juga Kak Oteh telah dengan jayanya membuat berat aku naik 2 kilo. Terima kasih!! (",)

Kepada kawan2 yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan Mei ini (Zman dan Mona, Fathy dan Fatimah, Zahirin dan Tun, Anod dan Niza), juga yang telah berbadan dua atau yang telah bertiga setelah berdua, tahniah diucapkan. Semoga hari2 depan kalian lebih bermakna.


Julai nanti, insyaAllah aku kembali lagi. Lebih lama dan lebih banyak aktiviti dalam perancangan. Jumpa di sana...

1 comment:

Anonymous said...

hepi besday,makcik!!!!hehe