Tiba2 hati ini terasa sayu, rasa rindu yang teramat sangat. Rindu pada Atuk. Sebenarnya dah beberapa hari dok teringat je, tapi hari ni yang paling serius. Terngiang2 gelak tawa arwah bila berbual2 dan bergurau senda di tangga rumahnya setiap kali aku balik ke kampung. Itu antara aktiviti wajibku setiap kali balik. Tapi, skrg semuanya dah berubah. Pintu rumah rapat terkunci. Tiada lagi jeritan memanggil penjual sayur supaya singgah. Tiada lagi bunyi dedaun manggis disapu setiap petang. Tiada itu dan tiada ini. Sayu sangat rasa, takleh nak tahan. Menangis dan menangis lagi. Bila kuhitung, rupanya hari ni dah masuk hari ke 45 arwah pergi meninggalkan dunia ni. Sedekahkan surah Yaasin untuk arwah, semoga arwah sejahtera di alam sana.
"Atuk, Abin rindu..."
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
3 comments:
Byk2 bersabar,Abin..byk2 doa pada Allah moga dia ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..Sedekah byk2 doa n Fatihah,ok?!!
Insyallah !panjatkan doa kepada mrk yg tiada...saya paham....kerinduan tuu tetap ade dimana² shj sbb sy jugak menempuhi perkara yg sama..ketika arwah bapa dan ibu meninggal masa di perantauan(UK) ...tapi yg penting kekuatan dan semangat utk terus kan kehidupan dan yg penting solat dan doa dr anak dan cucu nye yg soleh dan solehah...AMIN...
Sue dan anonymous,
Terima kasih atas sokongan anda berdua.
Post a Comment