Monday, December 31, 2007

Selamat Datang 2008

Walau terkebelakang jika dibandingkan dengan kalian, tetapi sedikit masa sahaja lagi, aku juga akan melangkah ke tahun hadapan. Bagaikan tidak percaya, tapi itulah kenyataan. 2007 berlalu, 2008 menjelang tiba.

Tertarik dengan 'entry' seseorang, membuatkan aku juga terasa hendak mengimbas kembali suka duka hidup sepanjang tahun ini.

Keluarga: Pertambahan seorang anak buah perempuan sahaja (April) menjadikan jumlah anak buahku 15 orang semuanya. Kehadiran seorang abang ipar (Julai) pula menyebabkan bilangan anak bujang Haji Salleh dan Hajjah Bassetiyah berkurangan kepada 6 orang. Kehilangan Atuk tersayang (April) sangat memberi kesan kepada semua.

Peribadi: Walau tak semua yang dirancang dapat direalisasikan, namun 'Budak2 Setia' tetap setia.

Kawan2: Berusia 26 tahun, ramai yang telah bertunang, melangsungkan perkahwinan dengan orang tersayang, mengandung, atau juga telah melahirkan bayi2 comel yang bakal mewarnai hidup mereka. Tidak dapat berada di tanahair pada saat2 manis sebegitu memang menyedihkan, tapi hidup kene terus. Kalau ada umur, ada rezeki, insyaAllah dapat kita berjumpa, dalam situasi yang berbeza barangkali.

Kerjaya: Dibayar sepanjang tahun untuk belajar adalah satu peluang yang tidak diperolehi semua orang, Alhamdulillah. Namun, belajar di bumi asing ini sesungguhnya mengajar aku lebih daripada yang aku jangkakan. Semoga semua ni dapat aku gunakan sebaik2nya dalam kerjayaku di masa hadapan.

Pelajaran: Terasa bagaikan sekelip mata masa berlalu bile bercakap tentang pelajaran. Tahun yang paling banyak memberi tekanan, hingga 2 kali hampir berputus asa. Berkat doa dan sokongan ramai, alhamdulillah segalanya berjalan semakin lancar hari ini dan aku harap akan berterusan di masa akan datang.

Perjalanan: Peluang mengikuti 'Summer School' di Vietnam (April), selain daripada memberi kawan2 baru di seluruh pelusuk ASEAN dan ilmu yang bermanafaat, turut juga membolehkan aku singgah di Malaysia seminggu setelah lebih setahun menanggung rindu. 'Workshop' mewah di Loen, Norway (Jun) membawa aku dekat dengan alam semulajadi; menambahkan kesyukuran aku atas keindahan alam ciptaanNya. 'Supervisor' yang sangat memahami pula membenarkan aku balik kampung sekali lagi (Julai) selepas mengikuti 'Summer School' di Munich, Jerman. Pengalaman buruk semasa 'take off' dan 'flight's cancellation' di Oslo, juga 'delayed of flights' di Munich yang menyebabkan aku terpaksa transit di Copenhagen, Denmark dan di Shang Hai, China tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan perjalanan. Menghadiri iECONS di Kuala Lumpur kemudiannya walau tidak berkaitan dengan bidang penyelidikan aku, tetap memberi idea2 berguna tentang bidang Kewangan dan Mikrokewangan di Malaysia.

Banyak lagi rasa nak tulis ni, tapi mata dah ngantuk betul. Tadi masa tepat pukul 12 malam, berdentam dentum bunyi mercun dan bunga api berwarna warni di serata tempat. Tiada sambutan besar2an oleh kerajaan, tetapi cukuplah oleh orang persendirian. Bunyinya sahaja dah cukup menggerunkan, seakan2 kita berada di medan perang. Walau takut2 kene muka atau masuk dalam bilik, aku tetap buka tingkap dalam kesejukan untuk merekodkan suasana malam ini. Tahun depan kerajaan dah haramkan sambutan sebegini sebab setiap kali, pasti banyak kejadian buruk berlaku; kebakaran, kecederaan.

Akhir sekali, SELAMAT TAHUN BARU semua. Semoga kita menjadi insan yang lebih cemerlang lagi tahun ini dalam segala lapangan, amin.

3 comments:

Anonymous said...

happy new year,kawanku..semoga tahun ni lg best dr tahun lps..don't worry.aku pun masih bujang..n aku harap,ko ada la nnti bila masa aku lak tiba..(xtaule bila..haha)xpun,aku lak yg akan jadi pengapit ko bila ko kawin nnti..ahaks!

Hassilah Salleh said...

InsyaAllah. Tapi kalau 'masanya tiba' sebelum aku balik, teruskanlah. Aku tetap menyokong dari kejauhan. hehe.

Anonymous said...

haha..mcm misi mustahil je..eceh!tp doa2kan jelah ek!(",)kalo ada,aku paksa gak ko blk mesia..haha