Bercuti bersama keluarga Kak Rima ke London (5-8 Januari 2008), selain dapat jumpa Zul, Miza dan Arianna, ia juga memberi pengalaman baru buat aku. Terasa nak buat perbandingan lah pulak (",).
Air:
Air paip kat London, walau boleh juga diminum terus macam di Oslo, tapi rasanya payau sangat. Cam ada rasa tak 'best' yang melekat kat lidah lepas minum. Air kat Oslo sedap, cam air mineral.
Udara:
Oslo ni 'close to nature'. Jadi, udaranya lebih segar. Kurang kenderaan, manusia pon kurang. Tak sesibuk London yang penuh dengan bas 'double decker' dan kereta2. Siap ada 'traffic jam' lagi. Terasa macam dok KL.
'Wheel chair and Stroller Friendly':
Di Oslo, ada ruang untuk sekurang2nya 1 'double stroller' dan 1 'wheel chair' dalam sesebuah bas. 'Subway' dan 'tram' apatah lagi. Di stesen2 bertangga pula, pasti ada lif atau jalan bercerun untuk mereka. Jejantas pon macam tu. Di London, nasib baik bawak 'stroller' kecil yang boleh lipat tu. Kot tak, jenuh nak mengangkat tiap kali nak turun naik ke level lain. Tapi tak bawak pon tak boleh, mana larat nak dokong kalau budak2 ni penat berjalan.
Mesra Bayi:
Budak2, kalau dah haus, depa nak minum masa tu juga. Kalau di Oslo, boleh menyusu badan di mana2 sahaja. Tapi di London, Miza kata, satu kesalahan kalau selak baju untuk menyusukan anak kat tengah2 manusia. Jadi, kenelah menyorok2 kalau nak wat juga. Kot tak, biar jelah budak tu melalak sampai tertido.
Bangunan:
Bangunan kat London memang buruk2. Tapi itulah yang jadi tarikan; senibina bangunan2 lama. Kat Oslo ni, tak banyak sangat, pasal dulu2 Norway negara miskin je. Rumah sume pakai susun batang kayu je. Kecik2 lak tu (sebab sejuk sangat, rumah kecil bleh memanaskan bile bersempit ramai2). Lepas jumpa minyak baru jadi kaya. Agaknyalah (pandai2 je aku. hehe).
Duit:
Banyak duit syiling di London. Tak dan aku nak kenal tiap satu keping, dah balik. Yelah, harga barang pon kecik2 je nombornya (cth: Tiket pengangkutan awam sehari di London £5.30p, kat Olso 60.00 kr). Yang kelakonya, masa aku ngan kak Rima beli 'Butterbread' kat airport, juruwang kat kedai tu ambik sendiri je duit dari tapak tangan masa kami dok terkira2 berapa nilai syiling yang kami ada (buat PhD Matematik saje, kire duit syiling pon tak reti.hehe). Zul kata kene habiskan syiling sebab tak laku dah kalau nak tukar kat mana2 Pengurup Wang. Kat Oslo ni tak banyak syiling, 'plus' nilainya yang sangat kecil.
'1 Day pass':
Tiket ni kalau di Oslo bermakna 24 jam bermula dari masa pertama kali menaiki pengangkutan awam tu (kene stamp masa mula2 guna). Maksudnya kalau naik kul 4ptg hari ni, sampai 4ptg esok masih bleh gune tiket yang sama. Tapi di London, tak kira bile masa kite beli tiket tu atau bile masa kite mula naik. Yang penting, tiket tu hanya sah untuk tarikh yang tertulis kat tiket tu sahaja. Kalau beli dah petang atau malam, kire cam rugi lah kan.
'Underground':
Laju betul 'tube' kat sana. Tapi yelah, jauh jugak jarak satu2 stesen tu. Kat sini, 'T-bane' nye berhenti tiap seminit dua. Tak dan nak laju. Suka tempat duduk dalam 'tube', macam dok atas kusyen kat ruang tamu.
Makanan:
Banyak restoran makanan halal di London. Restoran masakan melayu Malaysia pon ada. Oleh sebab kantin MSD (Malaysian Student Department) tutup sampai hujung Januari, kami pi makan kat Restoran Bonda (terletak kat bawah bangunan MARA, tanpa papan tanda). Dekat je ngan hotel kami tinggal (Belmont Hotel, Paddington). Baru tukar pengurusan. Dulu namanya Restoran Naha. Harga nasi campur sepinggan dalam £5. Banyak betul. Boleh tahan kenyang sampai ke tengah malam kalau makan tghr. Kira murah aa banding kat Oslo ni (plg murah pon 100kr kot).
'Sale':
Bile ada jualan murah, memang murahlah di London. Jangan banding ngan harga kat Malaysia. dah tentulah lagi mahal. Tapi kalau banding ngan Oslo ni (yang bile 'sale' pon harga macam harga biase di Malaysia), memang rambang mata lah dibuatnya. Tapi dek kerana emak tersayang dah pesan, "Jangan beli apa2 kat sana. Mak bukan apa, nanti susah ko nak bawak balik.", jadi aku pon sabaarrr jelahhh...
Lagi? Cukup aa kot. Ni je yang ketara aku rasa. Kot nak cari lagi, mungkin ada. Tapi, malas nak fikir. Apa pon, 'best' gak aa gi London (",).
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
1 comment:
heheh..bila nak mai sydney?jd ke nak dtg bln 12 ni?(",)..leh wat comparison gak..heheh..
kite boleh wat comparison bndr2 bsr kat Australia je la..benua ni kan beso..NSW je lbh bsr dr Malaysia..
bleh la compare sydney,melbourne,perth..tp,wollongong gak best..hikhihkhik
Post a Comment