Tuesday, May 27, 2008

Mudahnya...

Beberapa hari kebelakangan ni, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum mula belajar ialah telefon mak di kampung. Tidak le aku ni banyak sangat duit, cuma aku tau cara yang membolehkan aku menelefon mana2 talian tetap di seluruh dunia secara 'percuma'. Tapi, harap maaf ye, hanya boleh buat panggilan dari talian tetap di Norway sahaja (",).

Baik, berbalik kepada cerita aku telefon mak tadi. Mak kasitau yang Pok Long Daud dah meninggal semalam. Pok Long Daud ni selain daripada jiran selang beberapa buah rumah, bapa kepada kawan sekolah rendah aku yang bernama Norliza, arwah ada gak hubungan sedara ngan kami. Aku tak berapa pastilah berapa jauh jaraknya. Macam biasa lah, hanya mak ngan abah je yang tau semua2 tu.

Tengahari semalam, Pok Long bawa Mok Long ke Hospital Muar. Mok Long Yon memang dah lama sakit. Duduk atas kerusi roda je sekarang dan memang mengharap sepenuhnya bantuan daripada Pok Long sebab anak2 semua kerja. Nak jadi cerita, dalam perjalanan tu, ada sebuah kereta terbabas, lalu melanggar tiang elektrik kat tepi jalan. Kebetulan, pada masa yang sama, Pok Long lalu. Tiang tu tumbang dah jatuh betul2 atas cermin kat belah Pok Long. Masa tu dalam pukul 12 tengahari. Sempatlah arwah dikejarkan ke hospital, tapi meninggal di sana. Mak kata mungkin sebab dah tak tahan sangat bisa sakit tercucuk kaca2 tu. Banyak sangat darah keluar dari muka, telinga dll.

Masa arwah di hospital, ahli keluarga yang tinggal berhampiran terus uruskan segala persiapan pengkebumian. Arwah dibawa balik ke rumah pukul 3 ptg, dan pukul 4 ptg terus disemadikan. Seorang anak yang kerja di Pulau Pinang je yang tak sempat balik. Mak kata, lama sangat kalau nak tunggu. Tak baik lengah2kan kebumikan jenazah. Anak2 yang lain pon dapat tengok macam gitu je, sebab semuanya berlaku sangat pantas. Al-Fatihah buat Pok Long Daud.

Daripada dengar cerita ni, aku ambil sedikit pengajaran/peringatan:
1) Sentiasalah bersedia, solat di awal waktu. Allah boleh ambil nyawa kita bila2 masa sahaja, sekelip mata. Contoh paling mudah meninggal kerana kemalangan.
2) Banyakkan beramal dan elakkan melakukan dosa. Pengurusan jenazah arwah kelihatan sangat cepat dan mudah. Mungkin sebab semasa hayatnya, arwah baik orangnya.
3) Berhati2lah memandu/menunggang di jalanraya. Kalau tak diri sendiri, mungkin ada orang lain pula yang ditimpa kecelakaan.

No comments: