Dalam percutian kali ni, aku pergi melawat Flåm. Terletak di bahagian barat Norway yang terkenal dengan 'fjord'nya, sudah tentulah ia sebuah tempat yang sangat cantik.
Kami memulakan perjalanan seawal 9.30 pagi dengan menaiki NOR-WAY Bussekspress dari Oslo (bertukar kepada bas kedua di Fagernes pada jam 12.50 tghr). Pemandangan di sepanjang perjalanan sangatlah menakjubkan; tasik luas membiru, hutan menghijau, gunung ganang, sungai yang jernih dan bersih, air terjun yang tinggi dan fjord yang dalam. Sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat indah. Selain itu, kami juga merentasi beberapa pekan kecil yang cantik, bersih dan kelihatan sangat menenangkan. Mungkin itulah sebabnya mengapa jangka hayat penduduk Norway lebih panjang; mereka kurang tekanan.
Bercakap pula tentang cabaran, walaupun tempat duduk di dalam bas sangat menyelesakan, perjalanan 7 jam dengan menaiki bas ini sangat meletihkan. Sepanjang-panjang perjalanan kami diuji dengan jalan yang bengkang bengkok dan bergunung ganang, umpamanya pergi ke Cameron Highland di Malaysia tetapi dengan jarak yang lebih panjang. Rasa pening dan nak termuntah dibuatnya. Telinga pun asyik tersumbat. Cara untuk aku kurangkan rasa tu adalah dengan telan air liur banyak2 dan juga telan bekalan 'nugget' yang aku bawa. Hehehe.
Tiba-tiba, semua rasa tu hilang bila sahaja ternampak kelibat sebuah 'cruise'. Rasa berkobar-kobar mula menjejaki hati. Aku tahu yang kami semakin menghampiri destinasi. Menjejakkan kaki di Flåm buat kali pertama mengingatkan aku pada kenangan di Loen pada musim panas tahun lalu. Kedua2nya terletak di suatu lembah di penghujung fjord. Bezanya, di sini terdapat ramai pelancong dan rasanya memang perkampungan kecil ini wujud dengan sebab adanya pelancong. Oleh sebab Flåm terletak di penghujung salah satu cabang Sognefjord (merupakan fjord yang paling dalam dan terpanjang; mengunjur kira-kira 204 km dari pantai barat Norway), ia membolehkan 'cruise' berlabuh betul2 di tepi pelabuhan. Justeru, perkampungan ini kerap kali dipilih sebagai salah satu perhentian kegemaran kebanyakan 'cruise'. Selain itu, ia juga mudah dihubungi melalui landasan keretapi dan jalanraya, tidak seperti Loen yang hanya boleh dihubungi melalui jalanraya sahaja.

Selepas berehat seketika di tempat penginapan, kami keluar bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut dengan berjalan kaki sehingga gelap. Keesokan paginya, dengan menaiki bot kecil, kami menyusuri Aurlandsfjord sambil menikmati keindahan pemandangan fjord untuk ke Aurlandsvangen yang merupakan pusat pentadbiran bagi mukim Aurland (meliputi perkampungan Flåm, Undredal dan Gudvangen). Perjalanan memakan masa 20 minit. Di sana, kami disambut oleh seorang 'guide' yang menceritakan serba sedikit tentang asal usul perkampungan tersebut dan kawasan-kawasan yang berhampiran. Kami juga dibawa melihat dan memasuki rumah tertua yang kini telah dijadikan hotel, kilang kasut berjenama "Aurland shoe", Pusat Sejarah Tempatan dan gereja di situ. Pakej yang kami ambil tersebut berharga NOK150 seorang. Selepas kembali ke Flåm, kami berjalan2 lebih jauh menuju ke arah air terjun. Namun begitu, atas faktor kesuntukan masa, kami terpaksa berpatah balik sebelum sampai ke punca air terjun tersebut.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami berangkat dengan menaiki keretapi bernama Flåmbana untuk ke Myrdal. Perjalanan sejauh 20.2 km yang memakan masa kira-kira 60 minit ini memang sangat-sangatlah dinantikan. Walaupun mahal tambangnya (NOK210 seorang), tapi ia sangat berbaloi. Kami dapat lihat pemandangan fjord dan gunung ganang yang sangat indah dan menakjubkan. Maklumlah, dari kedudukan 2m dari aras laut di Flåm, kami mendaki di cerun-cerun bukit yang dikatakan paling curam hingga ke ketinggian 866m di Myrdal. Di kedudukan 669m, keretapi tersebut berhenti betul2 di hadapan air terjun bernama Kjosfossen. Di situ, kami disajikan dengan muzik yang kuat dan 2 orang penari yang bersilih ganti dari celah2 batu dan runtuhan bangunan yang terletak hanya beberapa meter dari punca air terjun tersebut.
Sampai di Myrdal, kami teruskan perjalanan kembali ke Oslo dengan menaiki keretapi NSB. Perjalanan melalui landasan Bergen yang pernah dinobatkan sebagai salah satu daripada 20 "best railway experiences" di dunia pada 1999 ini sesungguhnya tidak dapat dilupakan. Walaupun letih, tetapi tak sanggup rasanya melelapkan mata dan melepaskan peluang menyaksikan keindahan alam yang bukan sedikit ini, yang hanya dapat dinikmati jika menaiki keretapi (memandangkan ia tidak diliputi oleh sebarang jaringan jalanraya). Kami melalui stesen Finse yang merupakan stesen tertinggi daripada keseluruhan sistem landasan Norway iaitu di kedudukan 1,222m dari aras laut. Tidak jauh dari situ, terdapat glasier bernama Hardangerjøkulen yang memutih, seluas mata memandang. Tidak lupa juga saat-sat melalui bibir tasik Ustevatn yang membiru.
Kami sampai di Oslo kembali kira-kira pukul 11.50 mlm. Walaupun percutian ini sangat singkat, tetapi ia sangat bermakna kerana ia memberi pengalaman indah yang tidak akan kami lupakan, insyaAllah (",).
Nota: Gambar-gambar tempelan akan menyusul kemudian.

1 comment:
Lotak la gambor kot ye pun tak sabar nak cerita pengalaman... hahaha... mcm menarik je trip ni, nanti akan aku plan untuk percutian kitorang lak, ntah biler, nanti dah bertiga... huhuhu...
Post a Comment