Sunday, October 12, 2008

Orang baru

Selepas kelahiran Ahmad Ikmal bin Shahriman dan Muhammad Darwish Zarfan bin Ezanee di Trondheim awal tahun yang lalu, dialu2kan pula kehadiran seorang lagi bayi comel di Norway untuk sesi pengajian 2008; Muhammad Anas bin Mohd Zukri.

Anas pada usia 1 hari di atas ribaan 'Auntie Hassilah'.

Anak lelaki ke-4 bagi pasangan Rimatulhana binti Ramly dan Mohd Zukri bin Yahaya ini dilahirkan secara 'normal' di Ullevål Sykehus, Oslo pada waktu subuh hari Selasa, 6.22pg, 1 Syawal 1429H, bersamaan 30 September 2008 dengan berat 3.392 kg. Awal 6 hari dari tarikh jangkaan sesungguhnya agak mengejutkan semua memandangkan ia tidak pernah berlaku dalam sejarah kelahiran-kelahiran yang sebelumnya.

Apa pun, semuanya dah selamat sekarang. Kedua2 'adik' dan 'mama' sihat alhamdulillah dan sedang dalam proses mengembalikan kesegaran dan kecergasan badan.

Dengan Mama di hospital.

Abang Ali dan Abang Naufal tutup telinga; Adik nangis kuat sangat!

Anak lelaki ke-4 Abah.

Gelagat abang2 'odw' balik ke rumah.

Adik, aged 4 days, at home.

Nota: 'Melihat' pertumbuhan 'Adik' dari usia -9 bulan hingga sekarang merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Semoga 'Adik' menjadi insan cemerlang yang soleh suatu hari nanti. (",)

1 comment:

shasha said...

Akhirnya!..muhammad anas ye namanya..comei..mmg sgt comei..pipi tembam bagai dipam2..tak sabar nak jumpa adik anas in real life..nak dukung..nak cuit2 pipi yg tembam tu..apa2 pun..tahniah dari kami sekeluarga..salam utk kak rima sekeluarga..:)