Berdasarkan pengalaman. Khusus bagi muslim yang melanjutkan pengajian di negara beriklim 4 musim (dengan musim sejuk yang ekstrim) dan yang Islam bukan agama rasminya.
1) Solat 5 waktu sehari semalam
Solat tetap mengikut peredaran matahari. Tapi tempoh masa siang dan malam berubah2 setiap hari, sehingga ada masa siang yang sangat panjang dan ada pula masa siang yang sangat pendek. Tak dapat nak tetapkan rutin harian (rutin jangka pendek bolehlah buat, tapi susah juga nak 'catch up' ke rutin seterusnya). Hampir semua aktiviti yang dilakukan (termasuk waktu untuk tidur dan bangkit) kena berdasarkan jadual waktu solat semasa. Kadang2 tak boleh buat kerja sepanjang hari sebab kepala pening dek kerana asyik dok tidur-bangun-tidur-bangun.
Sangat mencabar kalau memang nak jaga.
2) Makanan halal dan memasak sendiri
Terbiasa makan beli kat luar di Malaysia (cth: gerai tepi jalan, pasar malam, restoran), mustahil untuk dapatkan semua yang tekak terasa nak kat sini. Tak banyak yang halal; Kebab, pizza. Ada juga sikit2 restoran jual nasi itu ini, mahal tapi. Tak mampu nak makan hari2.
Kalau yang boleh ikut cara orang tempatan yang makan roti dengan mentega, jem, keju dan yang seumpama dengannya hari2, alhamdulillah. Tapi kalau yang tekak dan perutnya spesis Melayu tulin, boleh jadi pening gigil2 dibuatnya bila tak jumpa nasi. Jadi, nak tak nak terpaksalah masak sendiri. Walau dalam kesibukan, tak ada peluang nak curi tulang dengan "makan kat luar". Memasak untuk hidup, begitulah diumpamakan. Kalau tak masak, tak makanlah jawabnya.
Boleh je nak makan apa2. Murah pun iya, boleh dapat di mana2. Ada yang kata baca Bismillah je (yang tak halal tapi bukan khinzir). Tapi kalau memang nak jaga, cabaranlah jadinya.
NB: Dalam kes ni, kurang cabaran bagi yang bawa isteri suri rumah dan lebih mencabar bagi yang jadi isteri sambil belajar (tambah2 kalau jadi ibu pada masa yang sama).
3) Pergaulan sosial
Terlalu bergaul dengan orang tempatan atau yang bukan beragama Islam atau yang tak mengamalkan ajaran Islam boleh menarik kita kepada tidak melakukan kewajiban yang difadhukan (kalau pun tidak sampai ke tahap melakukan perkara yang dilarang). Susah nak jelaskan kepada setiap orang tentang perkara2 yang mesti kita lakukan sebagai Muslim (cth: solat, puasa, menutup dan menjaga aurat) terutamanya kepada yang tidak beragama (iaitu 'agama' yang sangat berkembang luas di negara2 sebegini). Banyak soalan yang dikemukakan dan kadang2 boleh buat kita rasa terhina.
Bila beraktiviti bersama, nak minta 'excuse' untuk pergi solat pon menyesakkan kepala. Mana nak cari tempat nak solat pon satu cerita. Takkan nak pergi masjid jauh2 buta, nak suruh orang lain tunggu kita. Kalau katakan nak pergi makan luar sama2, susah pula nak sesuaikan citarasa. Mereka tak ada batasan apa2. Bila dapat jemputan ke rumah rakan pon susah juga. Takkan tiap kali ajak nak kena ikut kita (masak yang halal). Sendiri pon jadi rasa serba tak kena.
Nak tak nak terpaksa sedikit mengasingkan diri. Kadang2 sedih juga. Tapi begitulah kalau nak jaga.
Tamat Bhgn. 1
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
2 comments:
cabaran... mesti harungi dan jangan mati!
Ye, betul Che!
Post a Comment