Ramalan cuaca menunjukkan suhu kat sini di antara -8C hingga -13C. Sejuk sangat.
Jadi aku buat keputusan untuk 'work from home' je hari ni. Tak kuasa nak berjalan ke kampus. Tambahan pula semua kerja2 yang sepatutnya dibuat ada di rumah, bawa balik Jumaat lepas. Internet pon ada, jadi takde masalah nak 'google' apa2 atau nak 'access' mana2 jurnal yang UiO langgan.
Sedang aku bekerja, tiba2 ternampak garis2 cahaya dari celah2 langsir yang sentiasa aku tutup (Nota: Walaupun cermin tingkap ada 2 lapis, tapi tetap sejuk kalau tak tutup langsir). Ya Allah! Matahari keluarlah hari ni. Tanpa berlengah aku selak langsir ke tepi dan panjat tingkap. Duduk betul2 depan cermin, menghadap matahari. Terasa nikmatnya kulit2 yang terdedah dibakar. Terasa kembali bertenaga seluruh tubuh yang dah semakin lesu ni. Terima kasih ya Allah!
Pengajaran: Hargailah matahari yang selalu memancar di tempat anda. (",)
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
2 comments:
silah, teruskan menulis kerana setiap tulisanmu akan tetap dibaca...
:)
Post a Comment