Monday, February 16, 2009

Happy moments in Norway

Tidak hanya memandang kepada sudut negatif, banyak juga perkara seronok yang dapat aku lakukan selama berada di sini.

1) Dapat menikmati 4 musim dalam setahun iaitu musim sejuk (winter), musim bunga (spring), musim panas (summer) dan musim luruh (fall/autumn). Although the changes of the length of its days and nights tiring me, I'll be missing them for sure.

2) Dapat buat aktiviti mengikut musim seperti yang 'orang putih' buat, e.g. ice skating on outdoor skating surface and cross country skiing in the forest during winter, picnic and sunbathing (with full cloth on of course) under the sun during summer, menikmati keindahan bunga2 yang berwarna warni dan kehijauan daun2 yang tumbuh dan berkembang pada musim bunga juga perubahan warna apabila pokok2 meluruhkan daunnya pada musim luruh, petik dan makan epal dan ceri terus dari pokoknya.

3) Dapat melihat tempat2 lain di dunia apabila dihantar ke 'Summer School' dan 'Conference' di Hanoi (Vietnam), Loen (Norway), Munich (Germany), Sydney (Australia) dengan perbelanjaan ditanggung penuh oleh UiO. Dapat 'balik kg' dengan percuma 3 kali pula tu! UMT bagi peluang untuk aku melawat Hamburg (Germany) dengan adakan perjumpaan antara staf cuti belajar dengan pegawai2 utamanya di sana. Perbelanjaan ditanggung penuh. Dengan duit sendiri pula aku dah melawat London (United Kingdom) kota yang sangat sibuk, juga Trondheim dan Flåm (Norway) yang pemandangan dan suasananya sangat mendamaikan jiwa ini.

4) Dapat berkenalan dengan pelbagai jenis manusia dari serata ceruk dunia. Belajar memahami dan menghormati cara hidup, pemikiran, budaya dan agama mereka. Membina ukhuwah dengan masyarakat Malaysia di luar negara juga.

5) Dan yang penting sekali aku dapat meluaskan pandangan, pengetahuan dengan belajar ilmu baru daripada Profesor2 di sini. Peluang bersemuka dengan para penyelidik dalam bidang yang sama juga membuka jaringan perhubungan aku dengan dunia luar.

Spending almost all the time in here for the past 3 years, I'm sure that I will miss it a lot when I return home. Deep inside I do hope that I can get other opportunity to come here again, not alone but together with my dearest husband and children. (",)

2 comments:

Anonymous said...

ko tak nak tamnbah no 6 ke?

Berjumpa kawan lama yang kenal cuma 2 minggu pada tahun 1997, dalam banyak negara, jumpa di Oslo dan ko tak ingat aku sampai skrg... huhuhu

Hassilah Salleh said...

Kes tu termasuk dalam no 5. Tak larat nak 'elaborate' lah, panjang nau.

Wuit! takkan tak habis lagik kecik ati kat aku pasal tak ingat ko? Sorry aa wei. Nak wat camne, dah tak ingat. haha.