Friday, March 06, 2009

Resipi mendidik anak oleh Datuk Seri Harussani Zakaria

Setiap ibu bapa perlu memberi pendidikan yang seimbang kepada anak-anak masing-masing kerana mereka adalah amanah daripada Allah.

"Kita mesti membangunkan jasmani dan rohani. Jasmani dibangunkan melalui makanan yang halal dan baik. Rohani pula diberikan pelajaran agama untuk mereka hidup di dunia ini," jelasnya. 

Beliau menekankan pentingnya melatih anak solat berjemaah dan jika ada kesempatan memberi tazkirah tentang perhubungan silaturrahim sesama insan. Jangan sombong kepada golongan yang kurang bernasib baik. Beliau juga turut memberi pendidikan sekolah agama kepada semua lima orang anaknya.

Petikan daripada Utusan Malaysia, 6 Mac 2009.

2 comments:

isma shamsuria ismail said...

InsyaAllah..akan ku praktikkan pada anak aku nanti. hehe..
bila nak balik silah oiiiii...

isma shamsuria ismail said...

salam terjah cik silah oiiii!! bilo nak balik kawin ni ye?? hehe..