Thursday, May 28, 2009

Hari istimewa

Seumur hidupku, ini tahun ke-5 tarikh 29/5 jatuh pada hari Jumaat.

1981: Aku dilahirkan pukul 11.55 mlm di Kg. Parit Penghulu.

1987: Tahun terakhir duduk main2 di rumah sebelum masuk sekolah rendah (mmg rendah, 1 tingkat je).

1992: Adik bongsuku dilahirkan, lebih kurang pada masa yang sama.

1998: Tahun terakhir bersekolah menengah (tinggi sikit, 3 tingkat).

2009: Tahun terakhir bersekolah tinggi, insyaAllah (memang tinggi, 12+2 tingkat), juga tahun permulaan fasa kehidupan baru (",).

Apakah lagi agaknya yang akan berlaku pada tahun2 hari istimewa begini yang akan datang (i.e. 2015, 2020, 2026, 2037, 2043, 2048, ...)?

Doaku semoga Allah menetapkan imanku, memanjangkan umurku, memurahkan rezekiku, melindungi dan merahmati hidupku di dunia dan juga di akhirat, amin. 

Buat Emak dan Abah tersayang, terima kasih yang tidak terhingga Abin ucapkan atas segalanya. Sesungguhnya, tanpamu, siapalah aku.

3 comments:

echan said...

2015 - ada baby, full prof.

2020 - ketua jabatan

2026 - dekan.

bla.. bla.. bla..

heheh!

sue-ana said...

happy birthday,my dear friend. sorryla,xdapek nk nyanyi kat ko macam yg ko wat aritu.lenkali ko claim ek.semoga pjg umur,murah rezeki,bahagia selalu. (",)

shasha said...

Amin..Amin..Amin..diAminkan semuanya...
btw, keje tukar2 template blog je eh..nak update tak sempat2 kan..hehe..faham..faham..next entry, gambar nikah lak..wow! can't wait..:)