Monday, August 17, 2009

Inai separuh di jari

Baru terasa nak cerita pasal apa yang berlaku sepanjang sebulan setengah yang lalu. 

Bulan madu 1: Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Pahang.

Tanpa sebarang perancangan. Tertarik dengan namanya yang tertera pada papan tanda di R&R Genting Sempah. 

Pada masa kami sampai tu, ada satu program yang dijalankan kat situ baru je tamat. Hanya seorang lelaki separuh umur yang melayan kami. Mungkin pemilik resort tu. Katanya pekerja2 lain bercuti. Dan tiada penginap lain di situ selain kami berdua! (",)

Terletak agak jauh ke dalam hutan, tidak kedengaran sebarang deruan enjin kenderaan, yang ada hanya bunyi cengkerik. Sangat menenangkan. Kami dapat bilik Deluxe Lake View yang ada balkoni sendiri dengan kolam ikan di bawahnya, sebab itu je yang ada. Yang lain semua belum siap dikemas lagi. 

Pada pagi keesokan harinya kami dihidangkan sarapan di tepi kolam renang. Walaupun makan nasi lemak dengan kuih bom dan buah tembikai je, rasa macam best sangat pasal ada pelayan. Dan dia layan kami je. Pasal kami dua je yang ada. Hehe.

Sarapan di tepi kolam renang.

Lepas tu kami jalan2 sekitar resort. Cantik. Sangat banyak pokok2 yang menghijau. Juga bunga2 yang pelbagai warna. Selain kolam ikan yang ada banyak sangat ikan yang besar2 kat bawah balkoni bilik kami, rupanya resort ni ada juga kolam itik dan sebatang sungai yang mengalir di sebelahnya.

Lebih lanjut pasal resort ni, boleh tengok kat

http://www.seripengantinresort.com.my/.

(Baru je tahu resort ni ada website. Ingat dok dalam kampung gitu takde internet. Pasal bilik kami pon takde telefon. Coverage tak bagus kata diorang.)

Bulan madu 2: Oslo, Norway.   

Kami pertama naik kapal terbang bersama, kami kembali ke Oslo. Rancang nak jalan sana sini di Norway, tapi malangnya aku demam dari Isnin sblm bertolak balik lagi (Nasib baik masa bertolak badan tak panas sangat. Kot tak tersangkutlah gamaknya di Malaysia). Cuaca pon tak bagus. Hujan dan berangin. 11 darjah Celcius. Sejuk. Malam selepas ketibaan kami tu ribut. Tapi aku tak sedar pon sebab suami paksa aku tido supaya cepat baik.

Jumaat tengahari baru matahari keluar. Rasa sihat sikit badan, terus pergi rumah Iskandar, hantar barang kiriman. Malam baru balik, demam datang lagi. Batuk teruk sangat. Sampai muntah. Sakit. Esoknya berehat di rumah sahaja, atas arahan suami, supaya betul2 baik katanya. Maaf kat Rumaizi dan rombongan dari Sweden sebab tak dapat nak bawak korang jalan2 hari tu. 

Alhamdulillah pagi Ahad badan dah tak panas, dan tak rasa sakit2 di sana sini. Cuma batuk je yang tak kebah. Keluar ke bandar cari barang untuk dimasak. Kesian kat suami, datang jauh2 ke Oslo, makan jadi tak tentu, kena jaga isteri yang sakit. Bukan dia tak boleh masak, cuma kat rumah tu tak ada bahan untuk dimasak sebab dah habiskan sebelum bercuti hari tu. Singgah rumah Kak Rima dalam perjalanan balik.

Baru sempat ke 'basement', ada surat dari Politi. Pasal rayuan Resident Permit, ada masalah. Isnin terpaksa pergi ke pejabat. Jumpa Marie, pegawai yang uruskan pelajar PhD. Dia cuba hubungi pegawai berkenaan untuk selesaikan masalah tu. Selasa datang pejabat lagi, buat itu dan ini berkenaan dengan permit tu. Petang lak ada jemputan makan malam di rumah Kak Normah. Kak Rima sekeluarga pon dijemput sama.

Rabu ada 'appointment' dengan doktor. Tak pernah buat selama 3 tahun duduk Norway ni. Tapi sebab sakit sangat dada ni bila batuk dan ditambah pula 'arahan' daripada orang yang menyayangi, pergi lah juga. 5 minit duduk dalam bilik doktor, kena bayar NOK130. Ubat batuk kena beli sendiri, harga NOK92. Mahal, tapi itulah Norway (",). Lepas tu kami pergi jalan2 dengan Rumaizi dan kawan2nya di Oslo. Petang dapat undangan makan malam lagi. Kali ni rumah Kak Maryati pula. 

Depan Storting (Parlimen).

Dengan Rumaizi dan anaknya Wais.

Rancangan awal nak pergi 'island hopping' di pagi Khamis, tapi bertukar bila Abang Zukri ajak kami jalan2 keliling tasik Sognsvann. Dengan Kak Rima dan Muhammad Anas, kami sembang2 sambil petik buah blueberry dan raspberry di sepanjang jalan. Berhenti rehat di suatu sudut, kami gril udang harimau yang Abang Zukri bawa. Sedap. 

Di atas pelantar terapung.

Cubaan pertama gril. Bara terpadam sebab udang 'defrost' masa tengah gril. 

Percubaan ke-2 yang berjaya. 

Petik 'wild raspberry'.

Petangnya pula, kami dijemput makan malam di rumah Kak Idah. Masakan ala barat kali ni. Lepas tu kami berjalan mengelilingi pulau bersebelahan yang namanya Brønnøya. Pulau ni hanya boleh dihubungi melalui feri berkabel dan bot. Dekat je dengan rumah Kak Idah. Ambil masa 2 jam.

Dengan Olav di rumah Kak Idah.

Petik buah blackcurrant kat belakang rumah Kak Idah.

'Kayuh' feri berkabel untuk ke Brønnøya.

At one side of the island.

Kembali ke Nesøya.

Pagi Jumaat sekali lagi kami ke pejabat. Kali ni kami bernasib baik sebab supervisor aku ada di pejabat. Dapatlah bawa Mahaidi jumpa dengan dia. Lepas tu kami penuhi undangan Farah untuk makan tengahari dengannya di bandar. Selepas membeli serba sedikit cenderamata, kami singgah ke rumah Kak Rima sekali lagi untuk jemputan makan malam bersama dengan Amr. Sampai ke rumah, Kak Siti pula datang. Nak jumpa pengantin baru katanya, sebab aku dah tak sempat nak datang bawa suami ke rumah dia.   

Keesokan paginya, kami bangun awal dan terus berkemas2 untuk berangkat ke Stockholm. Rasa sangat teruja sebab inilah satu2nya destinasi percutian yang akan kami lawati selain Oslo. Rancangan nak ke Bergen, Trondheim, Stavanger dan Tromsø, juga menaiki cruise percuma ke Denmark semuanya tidak berjaya atas sebab2 tertentu. 

Sampai di 'gate', ia baru je ditutup, kami hanya dapat tunggu dan lihat je kapal terbang tu pergi tanpa kami berdua. Dah lah lambat pula terbangnya. Bukan tak minta tolong, tapi takde sape yang boleh tolong pada masa tu kecuali kaunter di luar sebelum 'security'. Jauh sangat. Tak sempat punya. Bincang2, kami sepakat untuk berehat sahaja di Oslo hari tu dan Mahaidi seorang sahaja yang akan terbang esok paginya ke Stockholm dan seterusnya ke Malaysia.

Badan rasa penat dan sakit sangat. Dengan jadual hari2 sebelumnya yang padat. Dan bila kelam kabut pagi tu, beg sarat dengan buku patah rodanya dalam perjalanan ke bas stop. Bila sampai di airport pula, berlari2 nak kejar kapal terbang. Tapi dah memang agaknya tak ada rezeki kami nak ke mana2 kali ni, nak ke destinasi yang dah beli tiket pon tak dapat! Huhu.

Apa pun, ada hikmahnya semua yang berlaku. Kami kembali ke rumah. Sempatlah aku masakkan sekali lagi makanan untuk suami tercinta, juga dapat siapkan bekalan makan tengahari untuknya sementara menunggu penerbangan ke Malaysia keesokan harinya. Dengan linangan air mata, kami berpisah di Oslo Airport. Semoga dipertemukan semula tidak lama lagi, insyaAllah. 

3 comments:

sue-ana said...

seronok bila tgk kawan2 happy dan bahagia.. (",)

Anonymous said...

touching story..hehe
bahagianya pengantin baru ni. kita baru dpt buka blog silah...sebelum ni mcm mana leh lupo. kalau tau dari awal ambik address awak dari dlm ni :) slmt pngtin baru ye

Mama Aisya & Airell

fazi said...

huhu..sob sob...sedih la tuh dah takde org nak teman tido..kekekek...cepat2 abihkan phd tuh..blk mesia ye jumpe suami..tp nnti ko kat tganu..dia kat nilai..camne tuh?