Tuesday, August 11, 2009

Sebulan berlalu

Pantas sangat rasanya masa berlalu. Pejam celik dah sebulan aku bergelar isteri kepada En. Mahaidi. 

Di kesempatan ini, walaupun agak terlambat, kami ingin memberikan sekalung penghargaan buat rakan2 yang sudi datang dari jauh beribu batu untuk memeriahkan majlis kami. Diharap kalian dapat makan dengan sepuas2nya segala yang dihidangkan pada hari tersebut; nasi beriani dengan segala lauk2nya, tapai dan air cendol, sementara bersabar menunggu layanan kami berdua. Ribuan terima kasih kepada teman2 yang memberi sumbangan hantaran, hadiah dan juga duit tunai. Buat yang memberi ucapan melalui emel, SMS, telefon, FB, FS, blog dll, terima kasih diucapkan. Tidak lupa juga kepada yang mendoakan kelancaran majlis dan kebahagian kami berdua dari jauh, kami amat2 menghargainya.  Bagi yang tidak dapat hadir, jangan susah hati, kami tidak berkecil hati kerana kami faham akan komitmen lain anda sekalian. Semoga kita dapat berjumpa di lain siaran.

Kepada sesiapa yang aku terlambat atau terlupa jemput untuk majlis tersebut, ampun dan maaf dipinta. Kekangan masa menyebabkan aku hanya mampu pos beberapa kad jemputan beberapa hari sahaja sebelum kenduri berlangsung walaupun niat asal di hati nak hantar kepada rakan2 seramai yang mungkin. Justeru memaksa aku mengedarkan jemputan melalui emel, blog, FB dan FS sahaja, juga di saat2 akhir. Kelihatan tidak manis pada pandangan adat, maaf kami pohon sekali lagi. 

Kini, selepas sebulan bersama di Melaka, Pahang, Nilai dan Oslo, kami kembali berjauhan dek kerana tuntutan kerjaya masing2; dia dengan kapal2nya di KLIA, aku dengan buku2 Matematikku di sini.

Walaupun dipisahkan oleh jarak dan waktu, moga Allah sentiasa dekatkan hatinya dengan hatiku.  Sesungguhnya perkahwinan ini telah memberikan suatu ketenangan jiwa buat kami berdua yang tak dapat diungkapkan dengan kata2. Doa kami semoga hubungan suci ini dapat mendekatkan kami berdua kepada Allah dan moga jodoh dan kebahagiaan yang diberikanNya ini berkekalan dan membawa kami kelak bersama2 ke syurga impian. Amin.

2 comments:

echan said...

Aminnn... semoga berbahagia dan berkekalan...

AZZ said...

Congrats Silah...Selamat Pengantin Baru...maafla x dapat datang ke kenduri..semoga ko gembira selalu...jauh di mata dekat di hati..