Sekian lama hidup di dunia, sekali pun tak pernah bersua, namun kini bagaikan saudara. Sehari tak berjumpa, rasa macam ade yang tak kene. Kenapa ye?? Heran juga. Mungkin kerana aku tiada siapa, atau juga kerana mereka mudah mesra, tidak pernah berkira.
Sekarang, semenjak jadi tetangga, boleh kata hari2 berjumpa. Ada saje bahan cerita, dari kecil sampai dewasa, dari dalam hingga luar negara, dari dunia hingga akhir masa. Sampaikan Daud dan Hannah tak tahan telinga. "Bile jumpa berdua, habis kami dilupa!", mungkin begitu kata hati mereka.
Petang tadi, sekali lagi aku ke sana, bawa brosur dan makanan juga. Nak bagi kek, dah tinggal se'joreng' cuma. Nak buat macamana? Bakar aje Fiskergranteng yang ada, dan bawa kek batik yang dah tersedia.
"Kak, tengok ni. Ada sale selimut ngan bantal kat JYSK." "Eh! Awak. Sebenarnya nak buat surprise, tapi..". Akhirnya terbongkar rahsia, rupanya Kak Normah ingat birthday kite. Puas merayau mencari suatu yang istimewa, pastinya selimut untuk kite. Tapi tak jumpa.
You jangan beli sendiri Idi kata, sebab niat Kak Normah pasti dikota. Seronoknya tak boleh nak kata, hanya Dia mampu membalas jasa mereka.. Terima kasih saudara!!
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
No comments:
Post a Comment