Monday, May 29, 2006

I'm a quarter of a century!

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi Abin peluang merasa nikmat hidup di dunia ini dalam keadaan beriman kepadaNya. Penghargaan yang tak terhingga kepada mak dan abah yang telah melahir dan membesarkan Abin selama ini, memberi kasih sayang dan perhatian walaupun ada 11org lagi utk diberikan yang sama, mendidik sehingga Abin berada di peringkat ini, juga atas doa keselamatan dan kejayaan Abin terutamanya sepanjang berada di perantauan ini. Mak, Abah, tanpamu, siapalah Abin..

Kepada abang2, kakak2 dan adik2 yang dikasihi, nasihat, sokongan dan dorongan untuk terus maju ke hadapan dalam menempuhi hidup amatlah Abin hargai. Tidak lupa juga buat kawan2 walau di mana jua anda berada, ketahuilah bahawa anda semua sentiasa Abin hargai!

Selamat Hari Lahir Abin. Semoga hari2 mendatang memberi sinar kecemerlangan kepadamu..

p/s
Malam tadi wat kek batik, tapi tak berapa nak jadi. So, beli kek coklat kat bakery inside gunerius, dalam 2kg kot, NOK 298. Makan ramai2 kat 10th floor of Matematisk Institutt during lunch. Dapat hadiah drpd Diana (maybe the one and only for this year) sebuah buku bergambar tentang Norway. Suke sangat!

4 comments:

Hassilah Salleh said...

Time kasih Lah..(",)

Anonymous said...

sedih je rasa bla bespren ku ini wish besday utk diri sendri..:(
sori sbb xdpt kol ko during ur besday..
n xde adiah..tggu ko blk sini dlu arr,br aku bg adiah..bleh??hehe
-suhana-

Anonymous said...

Takpe Suhana, ko ingat pon dah cukup bagus. Hadiah?? Tak yah susah2, doakan je aku dpat belajar dengan cemerlang, dapat PhD dan bawak balik ilmu2nya sekali ke Malaysia secepat mungkin. Tapi, kalau nak bagi gak, tak dapeklah aku nak nolak..haha..

Anonymous said...

klo suhana nak bg hadiah kan abg ada utk wakilkan terima hadiah2 tu.