Alhamdulillah hari ni pagi2 dah terima Norwegian ID no. So, dah boleh buka akaun bank. Terpaksa rushing balik hostel ambil passport sbb nak apply hari ni gak. Takut esok exchange rate USD jatuh lagi. Dah banyak hilang kat kadar tukaran ni...hilang yang tak nampak.
Baru ni bawak RM14000.08 (NOK24925.60 dengan kadar MYR1=NOK1.78039 pada 22/3/06). Masa tu rate USD1=RM3.71802, so dapatlah USD3765.47. Kalau tukar terus masa sampai, 24/3/06 dengan kadar tukaran USD1=NOK6.6237, boleh dapat NOK24941.34. Kalau kire2 lepas tolak charge sume, kire tak rugi mana lah kan.
Sekali tibe2 USD jatuh menjunam lak dalam sebulan lebih dok menunggu no ID ni. So, sekarang maksimum boleh dapat pon, dengan kadar tukaran USD1=NOK6.0712 cuma NOK22860.92. Itu tak tolak charge sbb gune bank draf lagik, dalam NOK500 kalau tak silap. So, hilang sejumlah lebih kurang RM1500 kat exchange dan kos transaksi. Kalu tak salah congak lah. Malas dah nak fikir, tersiksa jiwa raga. Yang penting dah setel sume perkara2 teknikal yang membebankan kepala otak ni; no ID, akaun bank, hostel yang dekat dan selesa dan tuberculosis test (16/5). Cuma nak kene pegi ke pejabat National Scheme je lepas ni ngan Diana.
Tapi yang sedihnya, bank draf tu, since dari luar, so it will takes about 4 to 5 weeks utk di'cash'kan dan masuk dalam akaun. Duit dalam wallet tinggal NOK361.50 je. Cerita sedih lagi lah nampaknya sebulan lagi..uwaaa..
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
No comments:
Post a Comment