Thursday, May 11, 2006

Aku Percaya

Kasut sukan dah nak tanggal tapak, mungkin sebab masa mula2 datang dulu asyik kene air, so jadi lekang. Nak duit dah tu. Barang dapur; beras, minyak, bawang pon dah nak habis. Sayur mmg dah habis hari tu lagi. Sewa bulan April dan Mei tak bayar lagi. Dah nak due date dah ni. Pasti kene charge NOK53 nye setiap satu. Tapi, duit masuk bulan depan. Ish..susah hati sangat bile terlalu fikirkan pasal masalah kewangan ni.

Tapi, seketika aku tersedar. Aku percaya Allah dan aku percaya Dia sentiasa perhatikan dan jaga aku kat sini. Malam terakhir maghrib kat kampung, terakhir kali jemaah maghrib ngan abah. Abah doa, "Ya Allah, aku serahkan anakku kepadamu..." Teresak2 aku di belakang. Aku tak sangka abah akan doa macam tu depan aku. Dan aku yakin, Allah terima doa itu kerana sepanjang berada di sini, walaupun kadang kala nampak sukar pada permulaannya, tapi pasti ada jalan yang mudah dibukakan untuk aku lalui.. alhamdulillah..

1 comment:

Anonymous said...

sabar ye.dah tujuan abin nak pg study kan?mmg dah adat org study lg susah kehidupan lg banyak yang akan abin dapat belajar...dan bila semua ni dah abis bnda mcm ni la yg akan jd kenangan yg paling berharga.you will be very satisfied when u get through all this difficulties.