Thursday, June 08, 2006

Dinner

Hari tu Inga kata nak wat dinner kat rumah dia di Helgesens Gate 78C, Oslo sama ada Khamis malam ni atau Khamis malam depan. Dia tanya, apa yang aku tak boleh makan selain babi for sure (Org putih pun tau Muslim tak makan babi). So, cakaplah boleh makan daging dan ayam halal juga ikan ataupun sayur. Tapi tak nak lah susahkan die. Ikut dia lah nak prepare apa. Nanti aku makan jelah ape yang bleh makan. Tapi die kata nak prepare gak mende yang aku bleh makan, so up to youlah.

Few days ago, email lah die, tanya bile tarikh yang confirm nak wat dinner. Tiada balasan. So, ingat minggu depan lah kot. Sekali, tadi tengahari Inga call lepas aku mesej die tanya pasal dinner ni. Opss.. malam ni rupanya. Aku dahlah kat klinik teman kak Normah bawak Daud check up. Sampai rumah kul 4ptg, mandi, solat zohor, tukar baju, terus berlari ke kampus dengan baju kebaya nya, dengan high boot nya, sebab Inga suruh kawan sepejabat, namanya Heidi (tak berkawan pon lagi ngan die ni..hehee..) tunggu aku.

Sampai je, Heidi kata nak gi kul 6.30. Aduhh..penat aku berlari. Tapi takpe, sempatlah solat asar dulu. Tak yah nak rushing2 balik nak kejar solat asar. So, sekarang ni tgh lapang, sbb bahan bacaan sume tak bawak, sebb tu lah rajin menulis blog ni. Till next time..

7 comments:

Anonymous said...

hehehe..pakai kebaya ek?g ofis kat kustem dulu x prnh pun berkebaya...1 peningkatan nih...hehehe...kite pun nak beli boot gak ah nnt..kat m'sia x leh pakai..pns kaki..skang tgh ade sale..bleh la g tgk kot ade yg murah skit..hehehe...

Anonymous said...

Itu jelah satu2nya baju kebangsaan @ baju 'spesel sikit' yang kite bawak. Lain sume T-shirt dan jumper. Tapi kan, best jugak pakai baju camtu musim spring (hujung2 musim sbb dah panas) dan summer ni. Asyik pakai jeans ngan T-shirt je pon bosan gak rupanya. Baru skrg sedar betapa bestnya pakai baju kurung; loose dan colourful lagik. Nak basuh pon senang. Nyesal lak rasa tak bawak banyak. Nak kene hantar order kat kampung lagi ni..hehe..

Anonymous said...

abin pkai kebaya??huhu..xpenah den tengok..:D
-suhana-

Anonymous said...

hehe..saja suke..duta kecil Malaysia kan?? Pandang dua kali sume kawan2, sal tak pernahnya nak melaram ke pejabat. Asyik dok ulang T-shirt yg 7helai tu je, sampai dah boleh teka esok nak pakai baju ape..haha..

Anonymous said...

ala.abin pakai kebaya.abg pn tak penah tgk! :(
mahaidi

Anonymous said...

abin,amikle gmbr pkai kebaya..pastu tepek kat fotopages..sian kat 'abg billy',xpenah tgk abin pkai kebaya..hehe..(aku ingat aku sorg je yg xpenah tgk..haha)

-suhana-

Anonymous said...

Kat Malaysia rasa gemuk, sbb tu tak berapa suka nak pakai kebaya. Kat sini orangnya lagi besar dan gemuk. Kalau tak gemuk sangat pon, perut mesti buncit punya. Kire aku ni oklah..haha.. best best..