Atas dasar nak mempromosikan Norway (yang sebenor2nya, nak mengajak lebih ramai kengkawan datang belajau kat sini..hehe) ingin aku berkongsi sedikit fakta penting tentang Norway.
Kos hidup di Norway memanglah sangat tinggi, tapi kalau dapat scholarship yang berpadanan, memang takde masalah lah. Pulak tu, ade satu kelebihan yang aku suka sangat nak ngajak orang datang sini. Nak tau pasal ape? Pasal anak!!
Since masing2 pon dah nak berumahtangga dan ada gak yang dah sedia berumahtangga walaupun rumah ngan tangganya masih lagi milik mak bapak (e.g. E-chan), so anak masing2 pon insyaAllah on the way. Mempunyai anak pastinya akan menambahkan lagi kos kehidupan. Dan ini sedikit sebanyak menambahkan bebanan kewangan pada kite, walaupun scholarship tambah elaun untuk keluarga (berapa lah sangat yang dapat).
However, if you are in Norway, bagi aku wat masa ni, semua itu tidak menjadi masalah. Since negara besar ni berpopulasi kecik, so kerajaan bagi banyak benefit untuk galakkan lebih banyak kelahiran, terutamanya daripada kalangan Norwegian. But on the same time, foreiger pon mendapat benefit yang sama. Untuk pengetahuan korang, masa pregnancy berusia 8bulan, kite boleh lapor pada authority, and then government will pay you NOK33000 (RM19000) sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran baby tu, such as beli baju, troli dll.
Kemudian, start dari saat kelahiran, hinggalah baby berusia 3 tahun, dia akan dibayar NOK4000 sebulan. Bagi ibu yang bekerja pula, cuti bersalin dengan gaji diberikan selama 1tahun. So, bolehlah baby tu dijaga oleh ibunya selama setahun. Then, bile berusia setahun, bolehlah memohon masuk ke 'Barnehage' (kindergarten). Barnehage ni free, sama macam institusi2 lain sebab sistem pendidikan di Norway ni bersifat "Education for free". Selepas masuk barnehage ni, elaun baby dikurangkan kepada NOK970 je sebulan sampailah umurnya 18tahun (sampai habis high school). Tapi, andai kata takde tempat untuk baby tu di barnhage (sebab takde kekosongan), so baby akan terus dapat NOK4000 sampailah umurnya 3tahun. Selepas tu, walaupun masih tak dapat tempat lagi, elaun akan dukurangkan juga kepada NOK970.
Lepas abis high school lak, budak2 ni akan terus mendapat pinjaman daripada kerajaan untuk sara hidup (kalau tak silap, dapat NOK8000 sebulan selama 10 bulan setahun sebab tak termasuk cuti summer yang 2bulan) bagi melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Master. PhD tak dapat dah, sbb wat PhD kat sini selalunya dibayar oleh Universiti (ala2 bekerja ngan universiti gitu).
So, mudah kan?? Macam anak kerajaan je..sume kerajaan tanggung. Tapi basically, duit kerajaan datangnya daripada duit mak bapak depa juga, sebab tax yang dikenakan untuk setiap pekerja cukuplah tinggi. Tapi untuk student macam aku yang tak keje ni (kalau lah aku sempat kawin dan dapat baby kat sini..hehe), kiranya mendapat manfaat secara percuma lah daripada orang lain yang bekerja. So, itu sahaja untuk kali ini. Welcome to Norway!!
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
5 comments:
jap! konon la aku study kat sana kan.pastuh aku dapat baby (kalu hubby gi sama la kan..heheh!) aku pon bole dpt ke benefit tuh, w'pon aku bukan warganegara sana and blaja atas scholar dari m'sia?
waa..cam best je kan!! sedikit sebanyak ko berjaya memancing aku silah. tapi tula kan, bukan aku yg menentukan bole gi tak..huhu..
Setakat ni,rasanya sume org berkelayakan utk dapat.Ade sorang lecturer UiTM Kedah, wat PhD kat NTNU,Trondheim sedang menikmati benefit tu bersama keluarganya.
Echan,kalau hubby ko tak ikut pon,bleh dapat gak baby.'bekal'kan lah siap2 sblm gi.hehe..
mek..tau la teringin nak dpt anak.p kumpul duit tu,survey tiket2 murah..blk m'sia kawen...kalau x pun..guna la duit hntrn tu wat tiket blk...hehheh..asyik citer psl anak je(",)
Noor: Rugilah duit hantaran kite habis kat tiket kapal terbang.Kalau lah boleh dapat duit hantaran,tiket kapal terbang pon dibayar..mmm..alangkah indah dunia ini..hehe..berangan kuat..
Lah: Kalau dah setahun sorang,bile masanya aku nak habis belajar??Menetap sini teruslah aku nampak gayanya..(",)
cuti bersalin setahun??fuh,gile besh..haha..apa lagik silah,aku spt kawan2 yg lain,menasihatkan ko spy,lekas2le kawen..angkut je 'abg' ke sana..xdelah asyik rindu2 je.. :D
-suhana-
Post a Comment