Sherley (student PhD perubatan dari Indonesia):
Maksimum 14jam, bermula dari masuk waktu subuh.
Baki (kawan kepada keluarga Kak Normah):
Ikut negara Islam yang paling hampir, which is Bosnia.
Ustaz kat Malaysia:
Ikut masa matahari terbit dan terbenam juga.
Ustazah kat Malaysia:
Basically kene ikut matahari, tapi kalau ade Jabatan Agama Islam tempatan, ikutlah fatwa yang dikeluarkan.
Yang mana satu ye nak guna?? Alhamdulillah sepanjang tempoh tinggal kat sini, takkan terkene puasa Ramadhan di musim panas. Siangnya sangatlah panjang, lebih kurang 2.30 pagi (subuh) hinggalah 11.00 malam (maghrib). Tapi kalau nak puasa qada', nazar atau sunat pada bulan2 tu (Jun,Julai,Ogos), payah lah jugak.
Dah cube sekali puasa mengikut kata Ustaz, start kul 2.30pg hingga 10.45mlm. Tak lah letih sangat tapi. Mungkin sebab tak buat banyak aktiviti sepanjang hari. Malam tu aku tak tido sebab nak tunggu waktu sahur. Then kul5 baru tido, sampai kul 12. Lepas solat zohor, gi kampus, balik kul8.30 malam. Sampai rumah sembang2 ngan jiran sampai habis topik, tapi tak masuk jugak waktu maghrib. Sempat masak lagi untuk berbuka.
Nak tanya pihak berkuasa agama kat sini, masjid pon tak nah masuk lagi..sebab kata sorang student lelaki dari Ghana (jumpa masa tinggal kat Kringsja dulu), masjid dibuka untuk perempuan masa solat jumaat je. Masa lain hanya untuk lelaki. Kata Idi, masjid kat sini mengikut bangsa/negara.
Pastu lak, waktu solat pon ade banyak version. Yang dalam bentuk kalendar kat pintu rumah kak Normah diambil daripada www.islamic.no. Tapi, kalau beli dalam buku kecil kat masjid, lain lak masanya. Jadual dalam web islam.no pon lain. Islamic finder, lagi lah lain. Tak pasti nak ikut yang mana, tapi since rasa yakin ngan kalendar tu, so tetap ngan Islamic.no je.
Suatu hari yang hening, aku akan gi sendiri ke masjid (Susah nak cam sebab tak de rupa macam masjid kite..selalunya bersekali ngan lot2 rumah kedai) untuk tanya dan dengar sendiri jawapan daripada orang yang sepatutnya, sehingga aku puas hati dan yakin dengan seyakin yakinnya..insyaAllah.
*Hanyalah secebis daripada kesusahan tinggal di negara bukan Islam...
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
8 comments:
wah..siannye dia...kata kat sana ramai muslim..awat cam ssh je..masjid pun ikut negara..hmmm...dirikan la 1 masjid silah(",)..hehheh..kat sini masjid dkt je ngan umah kite..even dkt u ni pun ade tmpt muslim prayer..xpela..belajar dr kesusahan...tp..time raya slalunye semyg kat uni..sbb omar mosque tu kecik skit dr MAWU(muslim ass. of wollongong uni)
ermm. betul tuh silah, apa kata ko dirikan je 'masjid sendiri'. bole sembayang jemaah kat umah je!! heheh.... ;)
erk...mcm tak kene dgn topik je comment aku tu..alah..kira bole la tu kan. masjid gak! heheh.
apa yg ko merapu tu,izan??aku taule ko dah ada "masjid" sebuah..ahaks!! ;p
-suhana-
mazhab lain, lain waktu solat cik silah.
-en black-
Noor: Kat UiO ade surau kecik je,masjid xde.
Echan: Sungguh tidak relevan Puan Norlizan ini..:P
Black: Abis nk wat cemana?nak kene cari waktu solat yang gune mazhab syafie lak ke?
Hopefully these might be of little help;
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503546582
wallahu 'alam
Terima kasih En Arif_uppsala. It really helps. Salam.
Post a Comment