Inga Baadshaug Eide:
Cik kurus yang makin lama pandang makin manis ni lah yang menjemput aku kat airport masa mula2 sampai.Nama panggilan Inga.Norwegian.Umur 29thn.Anak tunggal.Tinggal sendirian di apartment yang dibeli dengan duit sendiri (dan sedikit loan daripada mak bapak) di Helgesen Gate 83C.Dah ber'boy friend',tapi masih tidak tinggal bersama.Kind of slow in terms of that.Dah kenal 13 tahun,tapi baru je jadi couple setengah tahun lepas.So,mungkin 20 tahun lagi baru kawin (Inga yang kata macam ni!).Berpegangan bebas.Tapi sangat menghormati agama orang lain.Teman pertama aku di Oslo (teman gi muzium,teman makan aiskerim,teman pegi seminar,teman mengadu masalah dll)dan mungkin juga teman selamanya (selagi dia ada kat Oslo ni lah,dia dah tahun akhir PhD).
Christina Erlwin:
Minah yang lahir pada 11 September 1979 ni berasal dari Jerman.Cantik orangnya,berambut hitam pekat (dia dye kaler hitam sebab suka rambut kaler tu).Buat PhD di Universiti Brunnel,England.Berada di Universiti Oslo untuk 3bulan bermula 1Ogos lalu sebagai salah satu syarat untuk melengkapkan PhD iaitu mendapatkan seliaan daripada Profesor universiti lain dalam Kesatuan Eropah(EU).Aku yang jemput dia di Oslo Central Station untuk bawa ke Kringsja dan kemudian ke U hari tu.Dah berpunya,tapi masih belum bercadang untuk berkahwin.Berkenalan di Jerman dan akhirnya nekad untuk tinggal bersama di England memandangkan lelaki tu dapat kerja kat sana.So,dah terlanjur ke England,Christina pun buatlah PhD kat situ.Dah berada di tahun ke2.
Yeliz Yolcu Okur:
Kawan paling baru sampai dari Turki.Beragama Islam,tapi free hair,hisap rokok,minum arak dan pernah makan babi sekali (tapi rasa tak sedap,so tak nak dah).Solat dan yang lain2 tak taulah,tak tanya lak sampai ke situ.Yang lain2 pon,baru tau tadi masa sembang2 ramai2.Dia yang cerita sendiri.Terkejut juga.Tapi mungkin itu hakikat kehidupan di Turki abad ini,sekular.Dah bersuami,akan menyusul pada tahun depan mungkin.Juga berumur 27tahun seperti Christina.Lahir pada 25 April 1979.Telah membuat PhD sebenarnya di sebuah Universiti terkemuka Turki selama setahun sebelum mendapat 'Position' sebagai PhD Student di UiO (bermakna dapat gaji bulan2 yang sangat lumayan,tapi kene wat PhD dengan UiO selama 3tahun).Cantik orangnya dan baik juga.Tak habis2 puji dan ucap terima kasih sebab layan dia dengan baik sejak dia sampai lagi (aku jemput dia kat Lufthavn Airport 15 Ogos lepas).Siap kasi sourvenir dari Turki lagi;key-chain.
An Ta Thi Kiu:
Puan kecil molek ni orang Vietnam.Start buat PhD Fall Sem 2004.Berkahwin dan tanpa dirancang terus termengandung dan bersalin 29 September tahun lalu.Mengambil cuti selama setahun dan tinggal bersama suami yang sedang belajar di Holland.Baru sahaja kembali ke UiO untuk meneruskan pengajian Ogos ni bersama anak lelakinya yang putih lagi chubby.Geram je tengok,tapi tak mau ngan orang lain.Tapi after some times,dah bleh aa usik2 hidung dan pipi die.Dia dah boleh gelak2,siap nak gigit jari kite lagik.Tapi dengan syarat mak dia ada kat sebelah.Kot tak,meraung macam kene dera.
Ok,rasanya itu ajelah sedikit sebanyak citer tentang kawan2 pempuan aku kat U yang agak close skrg (Tak ramai perempuan jadi lecturer math atau sampai ke tahap PhD kat sini).Rasa terisi hidup ini.Tapi dah ade banyak keje lah pulak.Kalau tak,boleh berpoya2 dengan gembiranya.Tapi,nasib baik jugak..hehe..
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
No comments:
Post a Comment