Tadi,An datang bilik aku,tanya pasal tawaran dia tempohari,pindah masuk rumah dia.An sewa sebuah rumah,ada 1 dapur,1 bilik air,1 ruang tamu dan 1 bilik tidur dengan harga NOK6000.Dia kata,kalau aku nak tinggal dengan dia,aku bayar jelah NOK1800.Memang murah gile lah kalau nak compare ngan rumah aku sekarang yang sewanya NOK3287 sebulan.Dah save NOK1487 sebulan.Banyak mende aku leh beli dengan duit banyak tu.
Memula memang cam teruja.Kak Normah sokong sangat.Tapi bila cakap ngan Abang,dia kata pada pendapat dia,baik tak payah.Die takut aku takleh belajar nanti.Katanya lagi,dia pasti aku akan terlibat dalam kehidupan keluarga An kalau aku tinggal sekali dengan dia.Sebabnya,aku ni takkan boleh nak lepak dalam bilik dan biarkan baby An menangis kat luar masa An tengah masak,atau aku pon sama sibuk nak tolong masak,dan macam2 lagi yang aku mungkin akan sibuk2kan diri nak tolong (Aku ni penyibuk sangat gamaknya!!).Lagi pulak bila aku cakap ada 1 bilik tidur je (An kata kalau nak asing,pasang langsirlah kat tengah2).
Balik rumah,aku fikir2.Aku sebenarnya memang dah suke sangat duduk rumah sekarang.Aku suke kemas dan alih barang2.So,bila ada bilik sendiri,memang best lah.Aku tak menyusahkan sesiapa.Dapur ngan bilik air kongsi 2orang je,ok lah.Still bleh kawal kebersihannya.Hubungan ngan jiran next door,Cecilia ok gak.Jarak rumah ngan U pon dekat.Bleh jalan kaki je.Bila dok bilik,rasa selamat sangat,sebab kalau nak masuk bilik aku ni,kene tempuh 5 pintu.2 guna 'access card' dan 2 lagi guna kunci biasa.1 lagi pintu entrance,tak berkunci.
Pulak tu,kalau nak pindah,barang aku bukannya makin menyusut.Makin menimbun adalah skrg ni.Macamana nak hangkut sume??Pinggan mangkuk,periuk belanga,baju2,karpet, lampu2,kasut2,barang dapur.Bila pandang atas meje study,lagi menguatkan tekad utk mengatakan tidak kepada tawaran tu;TV 23" yang aku baru je beli 3minggu lepas.Mana larat nak angkat.Nak sampai depan pintu pon mau 2 3 kali letak atas lantai rasanya.
So,dipendekkan cerita (lepas dah citer panjang),aku katalah tanak kat An.Sekali aku lak promote die pindah kat Nedre Ulleval ni.Termakan hasutan nampaknya die..terus apply lepas tu..hehe..
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
1 comment:
hoho...aku pon sependapat sungguh ngan abang ko tuh. ko bukan bole dok diam. walopon tuan rumah tu mungkin tak berapa rajin. tapi aku yakin ko akan lebih sebok mengemas berbanding dia..ehe!
Post a Comment