Saturday, March 24, 2007

Aku dan dia

Hari ni ada 'loppemarked' (similar to Jumble and Car Boot Sale in UK atau jualan amal di Malaysia) di Boltelokka Skole. Tujuan utama nak teman kak Rima cari baju kemeja T untuk pakaian harian ke kelas. Tapi dah alang2 ke sana, berniatlah lebih awal untuk dapatkan sebuah basikal. Dah lama dah teringin nak ada basikal ni, sejak tengah tahun lepas lagi. Tapi ada je halangan.

Tak jauh sangat tempatnya dari rumah aku. 2 minit naik tram, dan kemudiannya 5 minit jalan kaki. Sebenarnya boleh jalan kaki je dari rumah, tapi saja malas. Tak nak bazirkan lemak yang dah terkumpul di badan. haha. Sampai kul 10.45 pg, ingat kami antara yang terawal. Rupanya kami xcukup meneliti maklumat kat web yang diberi. Dah mula kul 10 lagi rupanya!! :( Kami terlambat lagi. Tapi takpelah, tengok jelah apa yang ada.

Pertama sekali gi tengok basikal, sebab diletak di luar bangunan sekolah ni sekali dengan perabot2 rumah. Puas menawar, tapi harganya tetap kekal NOK100. Oleh sebab tak tau bila lagi nak dapat basikal 2nd hand, bersaiz sedang (elok2 je untuk ketinggian aku ni) , lengkap dengan brek, gear, tempat duduk belakang dan juga tayar yang seakan baru dengan harga semurah ini, jadi aku pon belilah. Lepas ni cuma kene beli mangga je sebab yang sedia ada takde kunci. Harap2 harganya tak lebih daripada harga basikal :D

Kemudian, masuk dalam bangunan, tengok baju. Dapatlah 3 plastik penuh kemeja T, jeans, seluar slack, skirt, jaket dan baju hujan dengan harga NOK120. Beralih ke bahagian kasut, Kak Rima beli pula 3 pasang kasut dengan harga NOK20. Terpandang satu beg tangan warna hijau lumut bertekat bunga di depannya, aku tanpa berbelah bahagi terus nak beli walau berapa pun harganya (Sebenarnya aku hampir pasti yang ia tak mungkin lebih daripada NOK10). Cuba dapatkan tanpa sebarang bayaran, tapi hanya ditawar serendah NOK5. Well, that's more than good enough. Aku puas hati.

Dalam perjalanan pulang, singgah Nille. Cari mangga basikal. Harga yang biasa aku nampak lebih daripada NOK100. Alhamdulillah, jumpa pula yang murah, NOK39.50 je. Kunci dan simpan basikal tu dalam stor untuk malam pertamanya di Nedre Ulleval 9. Esok, lusa dan hari2 seterusnya kami akan selalu kelihatan bersama..aku dan dia, basikal baruku..(",)

Nota: Gambar kat basement rumah, ambil basikal dari stor. 26 Mac 2007: Hari pertama ke kampus UiO dengan basikal. Bila turun tempat curam sangat atau daki bukit, turun basikal, sorong.. haha. Tak pandai main gear dan 'brek dengan cara undur pedal kayuh ke belakang' lagi. Ape pon, basikal ni menjimatkan masa perjalanan ke kampus daripada 15 minit kepada 5 minit sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

erm..kite kat sini bermim[i je lah nak beli beskal..bukit byk..x sggp nk mendaki bukit yg tggi tu..huhuhu

Anonymous said...

wah,naik beskal..mcm zaman2 skolah dlu je,kan..hehe..ada tbaca dlm mjlh aritu,Oslo bndr yg termahal di dunia..btl ke??

Hassilah Salleh said...

Noor:
Sini banyak gak bukit. Tapi nak beli gak! (",)

Sue:
Syok gile aa ada beskal. Terasa kembali ke zaman kanak2 sekolah rendah dulu (perasan muda..hehe).
Oslo bandar termahal?? Memang sebelum aku atang tahun lepas lagi dah jadi bandaraya paling mahal kos hidup di dunia. Memang mahal sungguh aa..itu yang terpaksa mintak mahap siap2 kat korang; pasal takde hadiah2 atau souvenir untuk korang dari Oslo :P

Anonymous said...

ooo..beskal dia rendah..kat sini semua beskal tggi ala2 beskal racing tu..dah la palang kat tgh tu tggi...

Hassilah Salleh said...

Ada gak yang palang tinggi. Itu 'herer sykler' (basikal lelaki). 'Damer sykle' (basikal perempuan) yang cam kite nya tu lah. Cumenya, kite rasa basikal tu cam basikal kanak2 perempuan, sebab kecik sikit daripada saiz basikal2 lain di tempat parking. Tak kisahlah. Yang penting kaki kite jejak tanah masa duduk atas seat basikal :D