Sunday, March 25, 2007

Summer Time

Dah puas bergelap selama 4bulan, kini sampai masa berterang2an. Memang terang betul, bukan sikit2 punya.

Bermula jam 1 pg hari ni 25 Mac 2007, 'Summer time period' bermula untuk negara2 Eropah (dikenali juga sebagai Daylight Saving Time (DST) di US). Kami perlu percepatkan jam2 kami ke hadapan sebanyak 1 jam. Tarikh ini berubah2 setiap tahun memandangkan masa yang sebenar adalah "Ahad terakhir bulan Mac". Sekarang, beza masa antara Malaysia dan Norway hanyalah 6 jam sahaja walaupun jarak antara lokasinya masih sama (",).

Bulan2 akan datang ni sememangnya mencemaskan untuk aku, sebab seperti tahun lalu aku tidur tidak menentu kerana waktu solat maghrib, isya' dan subuh berada dalam waktu tidur normal aku. Harap2 tahun ni aku boleh uruskan dengan lebih baik sebab dah berpengalaman.

Untuk maklumat lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Daylight_saving_time

3 comments:

Anonymous said...

utk negara2 down under..waktu dilambatkan sejam...beza ngan mesia jd 2 jam..senang skit nk gayut(",)...

Hassilah Salleh said...

amboi amboi.. gayut sokmo cik bakal pengantin kite ni! ;D

Anonymous said...

ye ar..slalu kat sini dh pkl 11pm..sana br 8 pm..jenuh nuggu nk gayut..hehehe..nak gayut awal skit..kang ada kelas BI la..main badminton la..xpun dok keje lg kat ofis nun..