Monday, March 26, 2007

Most Expensive Lunch

Hari ni tak sempat nak wat sediakan bekal makan tengahari ke kampus. Pagi sarapan nasi putih lebihan semalam berlaukkan ikan kod goreng bersos tomato (ala2 sweet sour gitu).

Tengahari: Gi Kilroy Travel Agency kat bangunan Frederik. Depan bangunan Jabatan Matematik je. Nak batalkan tempahan tiket ke Vietnam yang buat hari tu sebab dah beli kat pejabat MAS sendiri di Oslo. Itu pilihan terbaik dengan harga terendah yang aku dapat.

Terlanjur ke situ, singgahlah window shopping kat Bunnpris, minimarket kat dalam bangunan yang sama. Entah kenapa, hari ni rasa tertarik kat rak yang menempatkan makan tengahari orang2 putih ni (Tak pernah aku wat setahun dok Norway ni). Ada pelbagai jenis sandwich, baguette dan salad. Belek punya belek, akhirnya aku pilih baguette. Sebabnya: Hanya itu jelah yang mengeyangkan aku dan yang paling penting HALAL. Sandwich sume ada 'skinke' (sebutnya 'syingke' yang bermaksud daging khinzir). Kalau tak banyak, sikit.

Baguette yang aku beli ni intinya udang ('reker' dalam Bahasa Norway), mayonis, salad dan sepotong lemon (untuk perah kat atas udang2 tu) sahaja. Dah periksa kat senarai kandungan, semua 'E numbers' yang ada kat situ Halal dimakan.

Harganya?? NOK 39 atau jika dinilai dalam matawang kita, RM 22. Hehe..mahal tak??

Jawapan: Memang mahal, tapi sekali setahun takpelah kot. Lagi plak rasa berbaloi beli sebab aku kenyang sampai ke malam (",).

Nota: Untuk makluman lanjut tentang 'E numbers', sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/E_numbers.

No comments: