Boring duduk di rumah, aku pergi awal ke kampus kebelakangan ini. Sebenarnya tak lah awal mana, tapi kul 8 pagi, subuh pon tak habis lagi kan. Jadi, kira awal lah.
Keluar je dari pintu utama, terasa macam ada sesuatu turun dari langit. Hujan air ke ais ni? Bisik hati kecil ni. Kalau hujan, basah lah aku berjalan 15 minit. Nak naik basikal ke? Takpelah, jalan je. Jarang2 hujan lebat kat sini. Sempat kot sampai opis.
Mm..nasib tak bawak basikal, ok je pon. Nak ambil lah majalah Study Abroad ni. Boleh gak baca bile2 boring. Ini jelah yang dalam Bahasa Inggeris pon. Yang lain sume 'i Norsk'. Nak ambik kalu, tengok gambar jelah. Allah! Luka tangan aku. Tajamnya kertas majalah ni. Alamak, dah berdarah lah. Pedih! Boleh wat sembelih ayam kertas ni.
Kenapa kat luar makin putih ye? Makin sejuk lak tu. Heater ni besar saje, tak leh harap sungguh. Tak ingat lak nak soh Sandy tengokkan hari tu. Padahal die dah mai bilik ni dah. Agaknya ada 'air bubbles' lagi kot dalam ni. Eh! Salji turunlah. Nak tepon Kak Rima lah, ucap selamat pagi.
Assalamu'alaikum Puan. Selamat pagi. Kat mana? Ok. Ingat kat umah lagi. Salji turun ni. Ye lah. Nampak tak? Kite ingat, kalau akak kat umah lagi, sure tak gi lab dah ni. Hehehe. Saya dah kat opis ni. Boring dok umah. Awal dah sampai. Oklah, selamat belajar. Assalamu'alaikum.
Makin lama makin banyak salji turun. Tadi halus2, ni dah kasar2 macam kapas. Subhanallah, maha suci Allah. Indah dan sempurna sungguh ciptaanNya. Dataran kat bawah, depan bangunan Matematik ni dah memutih, jalan2, pakiran2, dan bumbung2 bangunan juga. Eh! Ada lori kuning mai kat tengah2 dataran. Buat ape ye? Tabur batu2 kecil ke tabur garam? Tak nampaklah. Takpelah, none of my business. Ok, back to work!
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
3 comments:
rajin nye tulis blog sekrg(",)
syoknye..teringin nk experience jln2 masa musim salji..huhu
noor: Sebab ada orang tu request. hehe.
-sue-: Mai lah kalau nak experience. Tapi kalau dah mai, mesti ko rasa tak mau jalan pun. Sebab dah le sejuk bangat (kene pakai baju tebal), jalan lecak di sesetengah tempat (mampu mengotorkan baju, seluar dan kasut ko), juga licin di sesetengah tempat yang lain (kene jalan pelan2. Jatuh kalu, leh patah tau). Tapi takpelah, pengalaman kan..Jemputlah datang (",)
Post a Comment