Tuesday, November 27, 2007

Jalan kaki

Basikal masih dalam keadaan baik, tapi aku yang rasa tak berapa nak baik. Badan ni rasa tak segar. Musim sejuk, jarang2 jumpa matahari, takde senaman, hanya berkurung dalam rumah atau pejabat. Dah mula rasa nak baring2 je, walau tak mengantuk. Tak boleh jadi ni!

Jadi, mulai semalam aku buat keputusan untuk jalan kaki je ke kampus. Takde lah jauh mana, 15 minit je kan. Cuma bila masa2 kecemasan, basikal memang sangat berguna. Jimat 10 minit perjalanan. Harga basikal tu pon tak lah mahal mana. Guna dah lebih setengah tahun. Dah pulang modal dah pon bak kata orang.

Berjalan kaki bila dah lama berbasikal, terutama bila memang berniat nak jalan kaki, sangat menyeronokkan. Walaupun Oslo ni ibu negara Norway, tapi kita masih boleh dengar bunyi kicauan burung yang terbang ke sana sini mencari rezeki. Tambahan pula aku ambil jalan pintas yang merentasi hutan kecil di tepi gereja. Terasa macam dok kampung. hehe..best kan?

Tak tau sampai bila aku akan terus dengan aktiviti ni. Tapi yang pasti bile salji dah memenuhi ruang, aku memang tak leh bawa basikal. Jalan licin. Tak kuasa nak tukar tayar 'spesel' untuk musim salji yang ada paku2 pada permukaannya. Mungkin musim bunga nanti lah aku kembali berbasikal. Balik ni nak kene simpan basikal dalam stor. (",)

No comments: