Friday, November 23, 2007

Work At Home

Hari ni aku wat keje di rumah. Bukannya apa, kalau aku rasa duduk di rumah lebih mendatangkan hasil daripada gi opis pada hari2 tertentu, baik aku dok rumah. Kengkadang, sebab nak dok opis nye pasal, sepanjang hari tak wat apa2. Rugi masa. Lagi pulak, kat rumah ni bukannya ada sesape yang ganggu aku belajar. Semua pon ada di rumah; buku dan akses internet kepada emel, artikel2 dan jurnal2 online. Cuma katil dan tv je penggoda utama.

Semalam hari terakhir kuliah 'Interest Rate Modelling Via Stochastic Partial Differential Equation'. Jadi, skrg ni aku tengah dalam proses menyalin semula manuskrip nota kuliah ke bentuk yang lebih menarik, sambil2 fahamkan buat kali ke-2 selepas faham dalam kuliah, sebelum aku ulang lagi baca dan buat nota ringkas pula beberapa kali. Oral exam dalam sebulan lagi.

Jumaat lepas aku dah exam 'Mathematical Finance'. Orang pertama diperiksa, seawal 8.15 pagi (subuh habis kul 8.12pg. Awal sangat kan?). Juga peperiksaan lisan. Soalan2 dikemukakan oleh Professor yang mengajar dan juga seorang pemeriksa luar yang juga seorang Professor. Aku kene menjawab secara lisan dan bertulis di papan hijau. Keputusannya hanya lulus atau gagal. Nampak mudah bukan? Tapi sebenarnya tak. Untuk lulus, aku perlu dapat Gred A+ jika dibandingkan dengan pelajar Master. Bagi aku yang tak berapa kukuh asas Matematik ni, peperiksaan di peringkat PhD ni susah betul. Namun begitu, alhamdulillah, segala puji bagi Allah, aku lulus.

2 comments:

Anonymous said...

good luck silah

Hassilah Salleh said...

Thanks.

Perjalanan kita masih jauh. Harap kita dapat balik pada masa yang ditetapkan. Tak sanggup dok jauh sorang2 ni lelama. Sedih..huhu..