Kali pertama aku rasa bengang ngan jiran tingkat atas aku.
Esok pagi nak jumpa Frank kat kampus. Jadi malam ni aku nak kene study lah lebih sikit supaya ada banyak yang boleh ditanya dan dibincangkan. Sekali, boleh plak die pasang lagu kuat2 memalam ni. Lagu sama lak tu berulang-ulang. Bengang betul rasa. Siap dengan bunyi keletak keletuk lagi. Sebab bunyinya ada rentak yang selari ngan muzik tu, aku agak dia dok berlatih menari kot. Sape orangnye pon aku tak tau.
Ikut hati yang tengah geram, rasa nak bukak tingkap, jerit je soh slowkan muzik. Tapi ikut rasional akal plak, baik naik atas, tekan butang bilik dan cakap baik2. Lebih bertamadun gitu. Tapi fikir-fikir balik, baik tido jelah. Esok pagi bangun awal, belajar. Suasana sepi dan otak pon lebih segar.
Mm..dah senyap lah. Bagus2. Dia tau kot jiran dia yang sorang ni tengah belajau. Hehe. Thanks ye... (",)
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
No comments:
Post a Comment