Aku tak dapat rasa nikmat tidur malam ni.
Puas aku cuba lelapkan mata. Macam2 dah aku buat; tutup lampu, buka tingkap, minum air susu suam, sapu minyak cap kapak kat tapak kaki (Patutnya minyak panas. Tapi dah takde, sapu jelah apa yang ada), pakai stokin, berselimut nipis/tebal, letak Pingu bawah tengkuk, mengiring ke kanan/kiri, baca itu dan ini di dalam hati. Semua tak jalan. Tak tau apa yang tak kene. Perut berbunyi2 tapi. Pelik juga, sebab tak miss makan pon hari ni. Tapi takpe, pizza lebihan makan malam tadi ada lagi. Makan 2 keping.
Masih tak boleh tidur lagi. Telefon abang. Ada urusan, jadi tak boleh lama. Telefon kampung lak, cakap ngan Kak Oteh. Habis modal, letak. Mengantuk sangat, tapi tak boleh lelap. Bangun minum air kosong. Tanggalkan stokin, sapu minyak lagi, sambil urut telapak kaki. Macam biasa, bila badan berangin, jadi sendawa. Tapi bila anginnya banyak sangat, keluar segala isi perut. Sampai sakit tekak ni, luka kot.
Baru teringat, masalah bermula sejak semalam lagi sebenarnya. Pergi 'Julebord' (Christmas Dinner) Divisyen Statistik dan Matematik Insurans kat Restoran Euthopia. Patutnya mula kul 7, tapi kul 8 gitu baru makan. Dah lapar sangat masa tu, sebab baru2 ni dah terbiasakan perut makan malam dalam kul 6.00. Excited nak makan, tapi se'round' je dah rasa penuh. Sampai rumah kul 12.30 pg, tapi sampai kul 3.30 baru boleh lelap. Kul 8.30 dah bangun untuk ke kampus. Tapi tak buat apa sangat pon kat sana sebab dok melayan rasa mengantuk yang tak boleh nak tido. Minum secawan kopi tengahari tu, baru rasa segar. Dapatlah belajar sikit.
Tapi masalah tidak selesai di situ saja. Sebab jarang2 minum kopi, kesan kafein tu kuat sangat sampai ke sekarang ni agaknya. Ditambah pula dengan perut yang dah masuk angin semalam, buatkan aku 'hangin satu badan' malam ni, lalu tak boleh lelapkan mata.
Gave up mencuba untuk tidur, aku dah buka lampu. Nak baca buku lah. Harap2 aku tak sampai tertido depan Frank nanti..hehe (",)
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
1 comment:
silah..awat lama x online..rindu nak chatting..
free2..call ler kiter lagi..heheheh
Post a Comment