Thursday, March 27, 2008

Abel Prize 2008

Hari ni, aku berpeluang untuk saksikan pengumuman nama pemenang bagi Abel Prize 2008 di Norwegian Academy of Science and Letters, Oslo.
Bagi sesape yang tak tau, Abel Prize ni tak sama tapi serupa dengan Nobel Prize. Bezanya, Nobel Prize (bermula 1901) mengiktiraf pencapaian para ahli fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, ekonomi, kesusasteraan dan keamanan, tapi Abel Prize (bermula 2003) dianugerahkan khusus untuk pencapaian dalam bidang Matematik. Menurut ceritanya, bidang ni tidak tersenarai dalam penganugerahan Nobel Prize sebab isteri Alfred Nobel yang mengasaskan anugerah tu, dibawa lari oleh 'pakwe' dia, seorang ahli Matematik. Kalau nak baca lebih lanjut lagi tentang kedua2 anugerah ni, boleh tengok kat sini: Abel Prize, Nobel Prize.
Majlis tadi tu cuma pengumuman nama pemenangnya sahaja iaitu John Griggs Thompson dari University of Florida dan Jacques Tits dari Collège de France. Kedua-duanya takde dalam dewan, tapi dalam majlis tu, mereka dihubungi melalui telefon. Dapatlah kami dengar suara depa berdua. Anugerah tu diberikan pada mereka atas pencapaian cemerlang dalam bidang Aljabar, khususnya dalam pembentukan teori Kumpulan moden. Keseluruhan majlis dapat disaksikan di sini.
Anugerah sebenar yang bernilai NOK 6 juta (kira-kira USD 1.2 juta, EURO 0.75 juta) akan disampaikan kepada para pemenang oleh Raja Norway, King Harald pada 20 Mei 2008 di Oslo juga.

John Griggs Thompson and Jacques Tits

No comments: