Wednesday, March 26, 2008

Dah lama tak tulis

Yang sebenar2nya, bukan je setakat tak tulis, jenguk pon tidak ke blog ni. Sorry my dear, feel tak datang.

Semalam, terasa nak bergambar. Lepas charge bateri seharian, pagi tadi aku keluar ke pejabat dengan kamera dalam kocek jaket. Sampai depan basikal, terasa nak ambil gambar dia; basikal kesayangan yang masih terbenam dalam salji yang turun dengan lebatnya dari Khamis lepas. Ni pon dah kurang tebalnya, sebab suhu agak tinggi petang semalam. Jadi, walaupun salji tetap turun, tapi ia bercampur2 dengan air. Sebenarnya aku bukan sengaja biarkan dia kesejukan kat situ. Aku dah simpan dia dalam stor masa awal2 salji turun lagi tahun lepas, sampailah salji semua dah cair. Dah lebih sebulan aku berbasikal semula ke opis. Tapi kuasa Tuhan, salji turun semula. Mungkin kali terakhir untuk musim sejuk 2007/08.
Satu perkara yang menarik, bila aku belek2, baru terperasan, kali pertama aku ambil gambar dia pon pada tarikh yang sama tahun lalu; 26 Mac (Rujuk Aku dan dia). Tak sangka sangat. Mm..oleh sebab tahun lalu kami bergambar bersama, kali ni pon aku nak bergambar ngan dia, juga ngan kawan2 dia. Kat belakang tu 'Barnehage' (Kindergarten/nursery) pasang siap. Kalau tak salah ingatan, sebelum bertolak ke Loen, Jun tahun lepas, kawasan tu masih lagi tempat letak kereta. Bile aku balik je, dah tersergam bangunan tu. Memang pasang siap sangat. Semiggu je aku gi. Tapi tak kisahlah, tak ganggu hidup aku pon. Aku suke je tengok budak2 main2, comel. Boleh nampak dari tingkap bilik. In fact, dah ada satu barnehage kat sebelah kiri bangunan tu; dah lama ada (Rujuk lebat).
Ok, cukup untuk kali ni. Harap2 aku ada semangat nak menulis lagi, sebelum labah2 menebarkan jaring2nya sekali lagi di sini. (",)

No comments: