Sunday, March 30, 2008

Aku rasa marah

Semalam, suami kak Normah tunjuk suratkhabar, cerita pasal filem baru yang diterbitkan di Belanda, bertajuk Fitna yang menyentuh sensitiviti Islam. Dia rasa sangat marah.

Sebab aku tak faham apa2 kat suratkhabar tu, hari ni aku search kat Google. Jumpa, tengok dan dengar (rujuk sini). Mereka main2kan ayat Al-Quran, main2kan agama Islam. Dan aku kira, karikatur pada awal dan akhir filem tu mungkin 'karikatur terlarang' yang pertama kali diterbitkan pada Feb 2006. Aku tak pernah tengok dulu.

Al-Quran adalah satu kitab yang lengkap, yang memberi panduan pada semua umat manusia dalam mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Ia perlu dibaca, difahami dan dihayati secara keseluruhan, bukan hanya dengan mengambil bait2 tertentu sahaja yang sudah pastinya akan mengundang kecelaruan.

Aku rasa marah, sangat marah. Tapi aku tak tahu apa reaksi terbaik yang sepatutnya aku buat, juga umat Islam yang lain di seluruh dunia buat. Dalam dunia yang penuh dengan putar belit sekarang ni, reaksi itu mestilah suatu reaksi yang BIJAK, yang dilakukan secara menyeluruh, yang dapat mengekang dan menghentikan perbuatan orang2 kafir ini, tetapi tidak memberi sebarang ruang untuk mereka menambahkan bahan dalam memburuk2kan lagi agama suci kita. Pemimpin2 Islam, bersatulah, berbincanglah dan lakukanlah sesuatu!

No comments: