Sunday, March 30, 2008

Triplet

Seronok rasa dapat jumpa Mariam dah Aishah semalam. Comel sangat! Geram betul. Jari2 halus tu, asal kita dokong je, terus meraba2 muka kita. Bukan setakat raba je, cubit lak tu! Sakit gak, sebab walau kuku depa tak panjang, tapi jari halus dengan kuku yang nipis tu wat jadi macam tajam lah jugak. Tapi tak kisahlah kan. Dapat dokong, cium2, tengok depa senyum, dengar depa ketawa, ahhh..bahagianya rasa.

Best nya kan kalau dapat anak kembar? Mengandung sekali, bersalin sekali, tapi dapat 2 atau lebih anak. Berangan memang best. Tapi, realitinya, nampak susah juga Kak Normah melayan. Dengan 2 orang anak sedia ada yang sangat 'ligat', memang bantuan suami sangat2 didambakan.

Hari tu dapat forward emel dari kak Normah, ada gambar orang ngandung triplet; semasa mengandung dan selepas bersalin. Jadi takut lak nak berangan2 mengandung anak kembar...huhu.




No comments: