Rancang nak lawat kak Normah sekeluarga pagi esok, insyaAllah. Tapi kalau dah gini gayanya, lambat lah bergerak. Lama tak jumpa si kembar. Dah pandai meniarap sendiri dah. Oh ya! Aku rasa aku tak pernah sebut dalam blog ni pasal depa. Sebabnya, aku tak menulis langsung sejak Julai hinggalah Oktober 2007, sedangkan si kembar Mariam dan Aishah lahir pada 7 Ogos. Dah 4 orang anak kak Normah, 3 kali bersalin je. Best kan? (",)
Aishah, Nur Hannah, Muhammad Daud, Mariam.
Mariam yang kakak, ada tahi lalat besar kat belakang cuping telinga kanan, makin besar makin iras2 rupa Hannah, badan nampak kecil walau lebih berat, takut ngan orang yang dia tak biase nampak. Aishah pula takde apa2 tanda, muka bulat macam Daud, badan pon bulat, tak takut orang langsung.
Sebenarnya, aku jarang2 dah gi rumah depa sekarang, sebab kak Normah dah pindah Mei lepas, jauh sikit dari rumah aku. Kiranya, kalau nak jumpa tu, memang kene pergi lah, tak bleh pakai istilah 'singgah' macam dulu dah. Aku pon sibuk manjang; ambil subjek2 yang susah. Memang pulun lah belajar. Hujung minggu je masa nak memanjakan diri sendiri, shopping barang dapur atau buat mende yang aku suka; kemas rumah.
Mm...nampaknya tiada tanda2 yang mata ini mau terpejam. Masak nasi lah. Kasi kenyang dulu ini perut, pastu kite tido!!!
No comments:
Post a Comment