Sunday, March 30, 2008

3rd Summer Time

Awal pagi tadi, sekali lagi aku kene ubah jam. Seperti tahun2 yang lalu, aku ubah kepada 1 jam ke hadapan (rujuk sini). Bezanya, kali ni aku cuma ubah masa kat jam dinding dan handphone je. Jam tangan kesayangan yang Abang bagi, 'koma' pada pukul 3.38pg, Jumaat, 7 Mac 2008, setelah 3 tahun berkhidmat. Kat mana lah nak cari bateri baru. Rasa tak berani nak masuk kedai2 jam kat sini; terasa hampir pasti mahal. Kalau boleh, tak mau lah harga bateri lagi mahal daripada harga asal jam kan. Abang kata tak yah cari, nanti dia belikan jam baru. Tapi, sayang lah...huhu.

No comments: