Apa yang istimewanya hari ni?
Mengikut kepercayaan kaum Cina, angka lapan membawa maksud 'kemewahan', 'kekayaan' dan 'kesihatan' . Oleh itu, kebanyakan mereka memilih tarikh bertuah 080808 ini untuk melangsungkan perkahwinan. (dipetik daripada Berita Harian Online)
Untuk aku? Entah. Tapi tarikh ni memang cantik sebab aku suka angka 8. Banyak jugak angka ni terlibat dalam hidup aku, contohnya:
*Aku anak ke-8.
*Tarikh lahir aku ada angka 8.
*Nombor ID aku kat Oslo ni ada angka 8.
*Plat motor aku ada angka 8.
*Nombor 'handphone' dulu masa kat Malaysia ada angka 8.
*Yang pakai sekarang kat sini pon ada angka 8.
*Nombor telefon tetap (i.e. telefon kampung) ada angka 8.
*Tarikh lahir orang kesayangan aku ada banyak angka 8 (",).
Cukuplah 8 contoh je. Ada banyak keje lain lagi aku nak kene buat ni. 8 bulan je lagi tempoh untuk aku siapkan PhD dengan biasiswa dari Malaysia. Tapi kalau tak sempat, mungkin bawa ke bulan 8, sebab secara rasminya aku mulakan pengajian pada Ogos 2006.
Satu lagi yang penting, hari ni juga aku update blog setelah hampir 80 hari menyepi! (Maaf Noor.hehe...)
# Selamat berangkat ke Sydney buat Niza Md Zin dan suami.
Semoga dapat selesaikan PhD dalam masa yang ditetapkan.
# Buat Echan dan Zaidul, tahniah atas kehadiran si comel yang ditunggu2 semalam; Bayi perempuan, 3.5kg, 6.30ptg.
Vivix si Tonik Ajaib! Promosi Julai 2014
12 years ago
1 comment:
eheh..ehehh.. thanks a lot la silah. baru baca entry ni hari ni. tunggu kehadiran 'si comel' ko plak nanti. ;)
Post a Comment