Apa pun, aku rasa yang aku dah 'enjoy' sakan musim panas tahun ni. Banyak aktiviti luar yang aku buat, walau patutnya rancangan asal nak belajar banyak2 supaya boleh balik cepat. Tapi memang tak bolehlah. Semua orang bercuti wat kita pon rasa nak bercuti juga. Pulak tu, kat opis panas betul. Bukan ada aircond ke hape. Walau suhu tak setinggi kat Malaysia, tapi bak kata En. Omar yang datang bermesyuarat di sini bagi pihak MISC, panasnya lain macam. Maknanya bukanlah aku yang lupa daratan. Sedangkan orang yang baru sampai dari Malaysia pon kata gitu, apatah lagi aku yang dah terperangkap dalam kesejukan berbulan2 lamanya ni! (",)
Antara aktiviti 'summer' tahun ni:
1) 24-28 Jun: Lawatan En. Man ke Oslo.
Iaitu rombongan para pelajar dari Trondheim; keluarga A. Shahriman, keluarga A. Ezani, keluarga Muk, keluarga K. Shahniza. Tujuan sebenar mereka ialah untuk buat passport baby2 yang baru lahir (Ikmal dan Darwish). Tapi dah terlanjur datang, bercutilah terus. Antara program2 yang dijalankan: Melawat Vigelands Park, Frognerseteren, muzium Fram dan Viking, grill di taman St. Hanshaugen, makan2 di rumah kak Rima dan Anis, 'boat sightseeing' pulau2 di Oslo fjord dan berkelah di pulau Hovedøya.






2) 5 Julai: Day Out with children.
Bawa Amir, Ali, Naufal main kat taman mainan kanak2 di Frogner Park dan bagi burung makan roti di Vigelands Park. Kak Rima dan suami 'join' kemudiannya.
3) 18 Julai: Melawat Muzium Geologi dan Zoologi.
Muzium ni di bawah UiO, jadi aku boleh masuk secara percuma. Orang2 yang datang dengan aku pon percuma juga; i.e. Amir, Ali, Naufal. Dalam Muzium Geologi ada seekor 'dinasour' betul2 kat depan pintu masuk. Takde kamera, jadi takde gambar. Selain daripada tu, ada bermacam2 jenis batu dipamerkan. Kat Muzium Zoologi pula, ada banyak sangat binatang; hidupan darat dan air. Rasa macam pergi zoo. Bezanya, semua binatang ni keras sebab dah diawet. Ada juga fosil2 buaya, penyu dll dipamerkan. Banyak juga rupanya binatang yang aku tak pernah tengok hidup2 (walaupun sume binatang ni dah di'mati'kan. Kire hiduplah, pasal memang 'real' punya.)
4) 19 Julai: Grill di Kringsjå.
Rancangan asal nak grill di tasik Sognsvann yang dekat ngan rumah kak Rima, tapi oleh sebab cuaca macam tak berapa menyakinkan, kami grill je kat Kindergarten tepi rumah tu. Program disertai oleh kuarga K. Rima, kuarga K. Normah, kuarga Anis, Mas dan Iskandar. Yang menariknya aktiviti kitorang kali ini ialah bila terpaksa berpindah ke 'tempat yang lebih selamat' masa hujan tiba2 turun dengan lebatnya. Rasa main cam pondok2 lah pulak.


5) 26 Julai: Berkelah di Pulau Langøyene.
Agak yakin dengan cuaca kali ni, rancang program yang jauh sikit dari bandar Oslo. Kena naik bot. Pulau ni istimewa sebab ia pulau yang paling jauh berbanding pulau2 yang lain dari jeti bot tu dan ia hanya dibuka pada musim panas. Jemputan agak ramai. Lebih kurang dalam 20 orang dewasa dan 9 kanak2; k.Rima,suami&anak2, k.Normah,suami&anak2, k.Siti,suami&anak, Anis,Izarul&anak, Masita&Iskandar, k.Ros, Uma, Zam, Hanif, Idris, Zaki, Yap, Daniel, Kumar. Masing2 menyumbang serba sedikit makanan dan peralatan untuk program ni. Antara aktiviti yang dibuat kat situ ialah bakar ikan,ayam&sosej, makan2, perempuan2 sembang2, kanak2 main air, lelaki2 bersembang2,berenang,main bola.


6) 13 & 27 Julai: Membeli belah di Sweden.
Kali pertama pergi ditemani k.Rima. Bas yang disewa khas tu pergi ke satu kedai yang jual daging beku Halal. Harga barang di sana sangatlah murah kalau nak banding yang jual kat Oslo ni. Tapi itu bukanlah keutamaan. Sebenarnya, aku teringin sangat nak makan nugget. Kat Oslo ni takde. Habislah juga dalam NOK450 masa tu. 2minggu kemudian pergi pula. Kali ni aku pula jadi 'guide'; bawa Izarul, Is &Mas. Tapi, bawa bukan sebarang bawa. Habis pulak lagi NOK450! huhu. 'Kopak' aku. Tapi takpelah. Stok yang hari tu hampir habis sebab ada banyak 'event in between'. Yang beli kali ni dapatlah aku simpan untuk makan masa bulan puasa dan Raya. Banyak betul! Mmm..silap2 sampai ke Raya Haji. haha.
7) 5 Ogos: Beriadah di Tasik Sognsvann.
Tak tau bila lagi boleh dapat peluang ni, walau hari bekerja, aku ajak keluarga K. Rima, Anis sekeluarga, Mas&Is join aktiviti berjalan2 sekeliling tasik ambil petik buah beri kat sana; blueberry dan raspberry. Kak Normah tak dapat join sebab dah lewat. Nanti anak2 dia mula buat perangai. Blueberry tak banyak; sama ada dah habis dipetik orang atau memang tak berbuah sangat tahun ni. Raspberry atau nama Norway nya Bringebaer ada banyak sangat. Semangat memetik dibuatnya.





Ada lagi satu aktiviti aku nak wat summer ni, yang sangat ditunggu2 sebenarnya. After that, no more vacation; Back to work!
Nota: Kite 'cilok' gambar2 ni dari dalam fotopages Anis, kak Shahniza dan blog Iskandar. Terima kasih (",).
1 comment:
wah..bestnyer jalan2
Post a Comment