Thursday, February 05, 2009

Majlis Perkahwinan

Nabi SAW ada mengingatkan:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Jadi harap takde yang kecil hati bila tak dimaklumkan pasal majlis pertunangan kite pada 27 Disember 2008 tempohari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pihak lelaki sampai lambat sikit daripada yang dijangkakan. Mak dah pesan datang sebelum Zohor. Jadi kami jangka mereka akan sampai dalam kul 11pg atau 12 tghr. Sekali sampai dalam kul 1ptg, betul2 sebelum Zohor. Sangat menepati janji. Hehehe. Sabau jelah.


Ni adalah saat yang paling mendebarkan dan kelam kabut juga. Berdebar sebab tak pernah jumpa emak si dia, makcik Mahani. Gambar pun tak pernah tengok. Risau apa yang difikirkannya kali pertama jumpa. Sampai skrg pun tak tau lagi, tapi harap2 dia berkenanlah kat bakal menantu sulung dia ni.

Masa mula2 kumpulan pembawa cincin melangkah masuk bilik, dek kerana berdebar sangat, kite jadi kelam kabut. Tak tau sama ada perlu duduk je kat kerusi atau bangun sambut mereka. Terlupa lak nak tanya kat mak awal2 tadi. Fikir dan buat keputusan 'on the spot' kite bangun dan salam. Lepas tu baru duduk balik. Makcik sarung cincin risik di jari manis kanan, spontan kite cium tangan die. Lepas tu ada satu cincin lagi! Patutnya kene tunggu sarung dua2 ke baru salam? Pastu nak sarung kat jari mana pulak ni? Terlupa tanya mak jugak. Adus..apa lah kite ni, teruk betul! Rasa macam tak muat je nak sarung kat jari tengah kanan, kite hulur je jari manis kiri. Pastu salam lagi. Keseluruhannya 3 kalilah kite salam makcik Mahani kat dalam bilik tu je. (",)


Suhanalah sorang2nya kawan kite yang dapat menyaksikan kekalutan pada hari tu. Terima kasih banyak sebab sudi meluangkan masa dan datang memeriahkan majlis.

Catatan: Tersenyum kite sepanjang menulis 'entry' ni. Terbayang2 kejadian sebenar. It was really one of my wonderful moment in my life!

Oh ya! Terlupa pulak. Tujuan sebenar kite tulis ni sebab nak buat pengumuman awal tarikh majlis perkahwinan kami, Hassilah Binti Salleh dengan Mahaidi Bin Zakaria Anshari iaitu pada 12 Julai 2009 (Ahad) di Kg. Parit Penghulu, Sg. Rambai, Melaka (insyaAllah). Tiket balik Malaysia dah beli. Doakan moga tiada aral yang melintang. Jemputlah datang ye! (",)

1 comment:

dhirah said...

silah blum balik m'sia lg ke? bila hbs study?