Monday, March 30, 2009

Cute's Blogger Award

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" ini untuk diletakkan di blog anda.

Siap Puan!

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda.

Pn. Norlizan @ Echan @ Yong yg bagi. Time kasih arr. Selama hidup, tak pernah aku layan mende 'tag' gini, tak kira le sape yang bagi, tak kuasa I. Tapi kali ni ntah nape aku layanlah pulak. 'Head damage' dah tahap tinggi aa ni maksudnya. Haha.

Ok, nak citernye Echan ni kawan dari sek menengah. Kenal gitu2 jek masa menengah rendah pasal die kelas Usaha, aku kelas Jaya. Takde apa2 'in common' masa tu. Tapi bila masuk tingkatan 4, walau kelas tetap beza, kami diletakkan di dorm yang sama, C3.3. Die dok katil bawah, aku katil atasnya, tepi dinding. Itu le serba sikit permulaan hubungan kami yang agak rapat jugaklah sampai sekarang ni.

Menyentuh tentang peribadi, bagi aku dia ada banyak kualiti baik yang rasanya tak perlulah dinyatakan di sini. Keep it up!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (korang bagi 5 fakta & 5 hobi pon boleyy!)

i-Kuat merajuk dan menangis sejak kecil. Tengok/dengar orang nangis (walau tak tau apa sebab pon) bleh wat aku nangis sama.

ii-Cepat naik angin (sebab anak no-8 kot). Dulu kecik2 main sembur je apa yang rasa bila marah, tapi bila dah besar ni, dah tau nak jaga hati orang, kalau rasa nak marah yang sangat, jadi nangis.

iii-
Cakap laju sangat, terutama bila cakap tentang perkara yang tak perlu berfikir panjang.

iv-
Suka bersembang. Dah menghabiskan berpuluh2 ribu NOK untuk telefon pakwe/tunang, keluarga dan kawan2 selama tinggal di Oslo.

v-
Sangat suka tengok/main ngan bayi/kanak2. Perkembangan mereka buat aku teringat zaman kecil2 dulu. (Dok sini selalu rindu dengan anak2 buah. huhu.)

vi-
Sejak 3 thn lalu, alah dengan susu segar (perut berbunyi2 dan cirit tak lama selepas minum) dan dengan kopi (nak kencing yg tak dapat ditahan lepas minum dan tak dapat tido malam kalau minum selepas tengahari).

vii-Tak pandai mengikuti fesyen dari segi berpakaian. Pakai yang rasa selesa je. (Tudung sama sejak zaman Matrik. hehe.)

viii-Suka lipat baju dan susun cantik2 atas rak atau dalam almari.

ix-Sangat suka mengubah suai kedudukan barang/perabot dalam sesuatu ruang.

x-Tak minat memasak (tapi tak bermakna tak tau masak).

4. Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda..

Aku nak anugerahkan award seterusnya pada:
a) Hazrina
b) Isma Shamsuria

Kalau korang sibuk, abaikan je award ni. Saja buang masa.

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag...

Beres...

2 comments:

isma shamsuria ismail said...

ha ade pun makcik ni..penat aku terjah ko wat dunno jek..hehe..alamak silah aku dah dapek la award ni dr sha ko baca jer ye..ko asik award lain la plak!! huhu...
eh aku letak link ko dlm blog aku ye..
keep in touch!!

fazi said...

cam best je kan ade blog..tak penah tulis kat blog...sbb rase cam sgt malas nak karang ayat..hahah..dah lama simpan impian nak menulis kat blog..nnti anak2 dah besar leh baca...tp huhuhuh...impian lon terlaksana..haha..nnti kalu aku dah ade blog..tag aku gak ek..hehehe