Thursday, March 26, 2009

Sakit hapuskan dosa

(Dipetik daripada http://rencana.blogspot.com/)

Daripada Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” 

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Catatan: Aku redha dengan penyakit yang ditimpakan kepadaku selama 2 hari yang lalu. Alhamdulillah dah sembuh, walau belum sepenuhnya. Tapi dah boleh jalan kaki sampai ke pejabat, kira sihatlah tu. (",)

3 comments:

shasha said...

Alhamdulillah..silah..nampaknya demam akak yg masih blm kebah2..tapi kuatkan semangat juga jalan kaki ke sekolah..:) take care ye..

echan said...

uit.. tak sehat ke? baik2 jalan kaki. rindu plak nak tgk cara ko jalan.hehe..

there's an award waiting to be claim at my blog. chek it out! eceh, speaking london gitu!

isma shamsuria ismail said...

silah. nape senyap jekk?? sila pi hangkut award dr umah aku k..