Tadi telefon mak, ucap selamat berpuasa. Mak kata dah gi 'enjet' lulut Jumaat lepas. Baru sebelah. Nanti hujung minggu ni nak 'enjet' lagi sebelah. Kaki mak sakit sangat. Tapi mak nak solat terawih kat surau juga dan seboleh-bolehnya nak solat berdiri. Sebelum ni mak pernah 'enjet'. Memang berkesan. 2 bulan sakit mak tak terasa sangat. Tapi Doktor tak kasi buat selalu. Ada keburukan juga. Tapi kali ni mak tak kisah. Dah macam-macam ubat mak cuba, semua tak nampak kesannya. Mak kata, yang penting bagi mak sekarang, dapat terawih sepanjang bulan Ramadhan tahun ni. Tahun depan tak tahu lagi dapat ke tidak. Huhu...semoga Allah panjangkan umur mak dan beri kesihatan dan kekuatan kepadanya.
Tak nak susahkan hati mak, tapi memang tak boleh nak tahan daripada kasitau yang aku tak semangat nak belajar kat sini sekarang. Tak tau kenapa. Macam hilang tumpuan, hilang minat. Nak minta doa daripada mak. Mak kata, "Mak sentiasa doakan semua anak-anak mak. Kuatkan semangat. Belajar ni perkara yang paling baik. Semua di sekeliling mendoakan kita pada masa kita sedang belajar, termasuk para malaikat. Ustaz kata, kita kena sentiasa belajar dari lahir hinggalah ke liang lahad. Talkin yang dibacakan tu kira pelajaran terakhir kita lah. Ilmu bukan macam harta, yang bila semakin banyak, kita jadi semakin risau, takut kena rompak. Nak kena jaga, simpan elok-elok. Ilmu ni semua simpan dalam kepala. Takde siapa yang boleh curi. Bila-bila kita nak pakai, kita sendiri kena keluarkan. Kuatkan semangat tu. Ingat je nak habiskan cepat."
Terima kasih mak. Abin cuba, insyaAllah.

3 comments:
Go Go Cayyok!
wei, kot ye nak letak link ke blog aku memang nak kene letak nama penuh aku ek? nanti aku bagi ko nama atuk aku sekali, ok? hahaha...
All the best!
Time kasih.
(",) Aku ni jenis 'skema' kot. Tak reti betul nak pendek2kan nama. Tapi tak salah kan ejaannya tu?
sib baik silah tak tambah en. iskandar kat depan tu..hehehe..
erm..mmg ibu sentiasa doakan yg terbaik utk anak2nya..
sama2 kite berusaha teruskan perjuangan ni..huh, dah lama kat sini..tak sabar jgk nak blk!!!
Post a Comment