Wednesday, September 03, 2008

Pelajar baru

Ada sorang pelajar PhD baru, dari Pakistan. Ibu beranak dua; perempuan, 7 dan 3 tahun. Bapa akan menyusul kemudian sebab ada masalah visa.

"Are you the one from Stochastic Analysis Group who stays at the 12th floor?", tanya seorang lelaki kat dalam lif beberapa bulan yang lalu. Aku tak dapat nak ingat siapa dia, macamana mukanya, tapi aku yakin dia Professor. "Yes. Err..why?", tanyaku penuh persoalan. Pelik juga bila orang tanya ni. Ingat takde orang tahu aku duduk kat situ.

"There'll be a new PhD student coming to Mechanics Division soon. Her name is Farah, from Pakistan." "I see. Will she be your student?" " No, but she'll be supervise by one of my colleague." "Okay, but do I have to do anything?" "I was thinking if you may give her some help, since I think you both may have the same background." "Sure, I would love to help her. After all, I did help some new PhD students before, on their first few days in here. Do you have her email address or something, so that I can contact her?" "No, I don't. Maybe you can ask Yngvar." "All right, I'll ask him then."

Sampai di Oslo Sabtu lepas, baru pagi semalam dapat jumpa mereka, sebab kurang maklumat. Lagi pula 1 minggu bercuti dan kesibukan 2 minggu berturut-turut seterusnya, buat aku terlupa akan tarikh ketibaan mereka. Bila dah jumpa, bermakna aku akan jadi sibuk juga sepanjang minggu ni. Yelah, banyak urusan nak kena selesaikan, terutama bila ada kanak-kanak bersama.

Tapi, takpelah. Hari ni hari mereka, hari aku entahkan bila? Aku tak harapkan sebarang balasan daripada mereka, tapi moga Allah memberi bantuanNya di masa susah ku pula. Sebenarnya seronok juga dapat berkenalan dengan mereka ni. Selain daripada dapat tambah kenalan antarabangsa aku sesama bidang Matematik; Norway, Sweden, Finland, Turki, Jerman, Perancis, Itali, Ukraine, Cameroon, Tunisia, Pakistan, India, Vietnam, Sri Langka, Bangladesh, Filipina dan Thailand, aku juga dapat kawan baru di Oslo. Rumaisa dan Maneha comel sangat. Orang Pakistan lah katakan. Dok main dengan diorang je hari-hari, sikit lagi pandailah aku cakap Urdu! Hahaha.

No comments: